FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keseimbangan fiskal jangka masa pendek keutamaan kerajaan


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. |Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 March 21st, 2017  |  09:42 AM  |   892 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Mac. - Dalam keadaan ekonomi negara yang terus mengalami cabaran harga minyak dan gas yang rendah, salah satu keutamaan kerajaan, dalam jangka masa pendek ini ialah untuk mencapai keseimbangan fiskal.

 

Ke arah itu, dalam pengurusan kewangannya, kerajaan akan terus mengamalkan dasar perbelanjaan berhemah (prudent spending) dan seterusnya memastikan perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan akan memberikan manfaat serta impak yang optima kepada seluruh masyarakat di negara ini.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim ketika berucap dalam penggulungan perbahasan pada sesi penutup Persidangan Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-13 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) Tahun 1438 Hijrah bersamaan 2017 Masihi di Bangunan Dewan Majlis, di sini, juga menjelaskan corak dan keutamaan perbelanjaan perlu di 'rationalise' dan diseimbangkan.

 

Sehubungan itu, Pembentangan Cadangan Belanjawan Tahun 2017 / 2018, menggariskan fokus-fokus utama perbelanjaan kerajaan, antaranya termasuklah untuk mendukung dasar mempelbagaikan ekonomi negara, di samping meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran rakyat serta penduduk negara ini.

 

Hal itu menurutnya, kerana sektor swasta yang kukuh akan bertindak menjadi jentera peneraju pertumbuhan ekonomi yang diharapkan akan dapat menyumbang pada peningkatan pelaburan modal dan akan menjana lebih banyak peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti kepada anak-anak tempatan.

 

Selaras dengan perancangan dan keperluan inilah jua, katanya, kerajaan telah menyediakan peruntukan yang diperlukan, walaupun diunjurkan akan terus mengalami kedudukan defisit bagi Tahun Kewangan 2016 / 2017 ini dan Tahun Kewangan yang akan datang (2017 / 2018).

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, di tahun-tahun sebelumnya masih lagi berharap dan tertunggu-tunggu untuk mendengar lebih banyak cadangan serta saranan bernilai tambah daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

 

Cadangan dan saranan bernilai tambah itu jelasnya, yang berhubung kait dengan cara untuk mengawal situasi defisit pada masa ini, sama ada dari segi meningkatkan hasil, mahu pun mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

 

''Ini terutama mengambil kira keadaan harga minyak di pasaran global yang dijangka akan berterusan mengalami tekanan dalam jangka waktu yang panjang,'' terangnya lagi.

 

Justeru itu, Yang Berhormat berpendapat di sinilah letaknya peranan semua pihak untuk bersatu padu dan bersatu hati, sebagai pendekatan 'whole of nation' untuk sama-sama membantu kerajaan dalam meringankan beban dari kemelut ekonomi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10