FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Masyarakat ibarat mata dan telinga polis


PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain dalam sesi bergambar ramai. | Foto : Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin

 


 March 23rd, 2017  |  07:53 AM  |   1213 views

TUTONG

 

TUTONG, Rabu, 22 Mac. - Pelbagai acara disusun bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Polis kali ini termasuk Projek Amal menerusi Promosi Kesihatan Awam anjuran Daerah Polis Tutong yang sememangnya bertepatan dengan tema sambutan Perpaduan dan Keharmonian Mengukuhkan Keamanan.

 

Tema tersebut membawa maksud yang amat mendalam terutama sekali dalam penglibatan semua pihak termasuk orang awam dalam memerangi dan mencegah jenayah serta mengekalkan keamanan yang kita nikmati pada masa kini.

 

Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Supt. Pengiran Haji Abdul Salam bin Pengiran Haji Abdul Ghani menjelaskan perkara tersebut dalam ucapan alu-aluannya pada Acara Amal Promosi Kesedaran Awam Sempena Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun 2017, bertempat di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong, di sini.

 

Menurut Supt. Pengiran Haji Abdul Salam, perpaduan dan keharmonian dalam konteks itu membawa erti hubungan kerjasama, bersatu hati, saling bantu-membantu dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

 

Sementara itu, katanya, mengukuhkan keamanan pula bermaksud mengekalkan suasana kehidupan harian yang tenteram dan selamat, jauh dari anasir-anasir yang boleh mengganggu-gugat kestabilan.

 

“Antara kata lain, perpaduan dapat mencetuskan keharmonian sementara keharmonian pula dapat mengujudkan keamanan," katanya.

 

Walaupun pada dasarnya, Supt. Pengiran Haji Abdul Salam menerangkan, tugas pencegahan dan pembanterasan jenayah itu merupakan tanggungjawab utama Pasukan Polis Diraja Brunei, namun peranan masyarakat juga adalah sangat penting bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman di mana orang ramai adalah diibaratkan sebagai mata dan telinga kepada polis.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain.

 

Acara juga diteruskan dengan penyampaian sumbangan bantuan berupa barang-barang keperluan harian kepada dua buah keluarga yang menetap di daerah berkenaan.

 

Turut hadir,  Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, selaku Penghulu Mukim Telisai dan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya; pegawai-pegawai dan kakitangan dari Balai Polis Tutong dan Balai Polis Lamunin, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10