Home > Bahasa Melayu
'An Evening of First Nations Melodies' raikan pencapaian bersama Kanada ke-150 tahun
PERSEMBAHAN memukau dan istimewa daendangan penyanyi dari Kanada, Jeremy Dutcher.| Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
March 23rd, 2017 | 07:54 AM | 754 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 Mac. - Ke arah memperingati Konfederasi Kanada Ke-150 Tahun, Suruhanjaya Tinggi Kanada menganjurkan ‘An Evening of First Nations Melodies’ bertempat di Hotel Radisson, di ibu negara, di sini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi di Brunei, iaitu Republik Demokratik Rakyat Lao, Myanmar, India, Jepun, Australia, Turki, Britain, Timor-Leste, Amerika Syarikat, Iran, Kemboja, China, Filipina dan Pakistan.
Terdahulu, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke negara ini, Puan Yang Terutama Marina B. Laker dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, tujuan 150 tahun itu adalah bagi sama-sama meraikan pencapaian dan perkongsian bersama Kanada di Brunei.
Menurut beliau, antara tema sambutan ialah kepelbagaian dan penyertaan, perdamaian dengan orang-orang, belia-belia dan persekitaran.
Acara tersebut diserikan dengan persembahan istimewa penyanyi dari Kanada, Jeremy Dutcher dengan nyanyian lagu-lagu terbaharunya yang termuat dalam album beliau yang akan datang.
Penyanyi yang pernah menerima Anugerah ‘Opera New Brunswick’s Young Artist Award’ pada tahun 2012 dan ‘The Canada Council for the Art’s Aboriginal Music Award’ itu turut mengalunkan kedua-dua muzik klasik dan tradisional dengan melodi yang merdu dari negara Wolastoq (Maliseet).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]