FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mesyuarat bincang persiapan Hari Keluarga Kebangsaan Ke-6


MESYUARAT dipengerusikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi sambutan berkenaan.| Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

 


 March 23rd, 2017  |  07:54 AM  |   1207 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 Mac. - Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan mengadakan mesyuarat pertama hari ini bagi membincangkan persediaan-persediaan dan persiapan-persiapan bagi menyambut Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) Ke-6 yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan,  Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof,  selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi sambutan berkenaan.

 

Hari Ahad pada minggu pertama bulan Mei adalah diisytiharkan sebagai HKK bagi Negara Brunei Darussalam dan pada tahun ini jatuh pada 7 Mei 2017 Masihi bersamaan 10 Syaaban 1438 Hijrah dengan tema ‘Keluargaku Penyayang Negara Gemilang’.

 

Fokus utama Sambutan HKK 2017 adalah untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya rasa kasih sayang di antara ahli keluarga untuk menjana kebahagiaan dan keharmonian keluarga dan rumahtangga.

 

Antara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat pagi tersebut adalah mengenai format acara-acara utama Sambutan HKK 2017 yang menjurus kepada aktiviti keugamaan, kemasyarakatan, kesukanan dan riadah yang melibatkan setiap ahli keluarga di segenap lapisan masyarakat.

 

Sambutan HKK 2017 sepertimana pada tahun-tahun sebelumnya didahului dengan Majlis Kesyukuran Sempena Hari Keluarga Kebangsaan di masjid-masjid utama di seluruh daerah yang akan diadakan pada 6 Mei 2017, kemudian diikuti dengan acara kemuncak, iaitu Acara Kayuhan dan Riadah Keluarga (sebelah pagi) dan Majlis Perhimpunan Keluarga (sebelah petang) pada hari Ahad, 7 Mei 2017, dan acara Anakku Kesayanganku  pada 8 Mei 2017.

 

Harapan bagi Sambutan HKK tahun ini dapat mewujudkan kesedaran dan mengiktiraf keluarga sebagai unit asas yang penting dalam membina masyarakat penyayang yang menjadi asas kepada keharmonian negara. Oleh yang demikian, pembarigaan Sambutan HKK 2017 diseru untuk dipertingkatkan bagi menggalakkan setiap lapisan masyarakat untuk mengukuhkan lagi jalinan kasih sayang dan hubungan silaturahim di antara semua ahli keluarga samada yang dekat mahupun yang jauh.

 

Hadir di mesyuarat ini ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan juga wakil-wakil dari sektor swasta dan organisasi-organisasi bukan kerajaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53