FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BND291,344.36 ribu bantu mangsa kebakaran Disember 2016


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menerima replika cek daripada Penolong Pengurus Am, Bahagian Perhidmatan IT, DST, Awang Amir bin Pehin Datu Pekerma Bi MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyampaikan derma kepada salah seorang yang terkena mangsa kebakaran rumah | Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 March 24th, 2017  |  08:17 AM  |   933 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Mac. - Sumbangan derma terus dihulurkan bagi meringankan beban mangsa-mangsa kebakaran yang telah berlaku di Kampung Pandai Besi ‘A’ dan Kampung Lurong Dalam pada bulan Disember 2016 yang lalu.

 

Sehubungan itu, majlis penyampaian derma dan bantuan kerajaan bagi mangsa kebakaran tersebut berlangsung  di Dewan Teater Jabatan Daerah Brunei dan Muara, di sini.

 

Hadir menyampaikan derma tabung amal dan bantuan kerajaan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tabung Amal Mangsa Kebakaran tersebut dalam ucapannya menyentuh mengenai tragedi kebakaran yang berlaku pada awal bulan Disember 2016 yang telah membabitkan 32 buah rumah yang berpenghuni di Kampung Pandai Besi ‘A’ dan Kampung Lurong Dalam.

 

Atas inisiatif dan keprihatinan pihak kerajaan jelasnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penubuhan satu tabung yang dikenali sebagai Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi ‘A’ dan Kampung Lurong Dalam untuk mengumpulkan derma atau sumbangan seangkat-angkat hati dalam bentuk wang ringgit daripada semua rakyat dan penduduk di Negara Darussalam bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa kebakaran Kampung Pandai Besi ‘A’ dan Kampung Lurong Dalam.

 

Tabung itu jelasnya, telahpun dilancarkan bermula pada 13 Disember 2016 sehingga 31 Januari 2017.

 

“Hasil-hasil derma tabung amal tersebut telah pun dikutip melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid di seluruh negara, bangunan jabatan-jabatan Daerah di keempat-empat daerah, pejabat-pejabat pos, bangunan bank-bank, gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam di seluruh negara. Antara kaedah lain kutipan derma tabung tersebut telah dibuat secara ‘online’ menggunakan ‘online banking’ yang dimasukkan terus ke Akaun Tabung Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi ‘A’ dan Kampung Lurong Dalam di Bank Islam Brunei Darussalam,” ujarnya.

 

Sementara itu katanya, dengan adanya kerjasama bersama DST dan Progressif Cellular Sdn. Bhd., orang ramai telah pun juga memberi sumbangan melalui khidmat pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai ‘SMS’.

 

Pada majlis itu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga menerima penyerahan Replika Cek yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Am, Bahagian Perhidmatan IT, DST, Awang Amir bin Pehin Datu Pekerma Bijaya Kolonel (B) Dato Paduka Haji Hussin manakala Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pula menerima penyerahan Replika Cek bagi Progressif Cellular Sendirian Berhad yang disampaikan oleh, Pemangku Pegawai Pentadbir, Dayang Hajah Nurul Haniah Binti Haji Jaafar.

 

Jumlah keseluruhan kutipan derma yang telah dikumpulkan adalah sebanyak BND291,344.36 yang mana jumlah tersebut termasuk jumlah yang dikumpul melalui SMS BANTU dari DST dan Progressif Cellular Sendirian Berhad masing-masing berjumlah sebanyak BND65,511.00 dan BND19,303.00.

 

Pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) juga turut menyumbangkan sejumlah BND159,000.00 kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

 

Sementara itu, Dayang Siti Nazibah binti Ambi yang merupakan salah seorang mangsa Kebakaran Kampung Lurung Dalam ketika ditemui melahirkan rasa syukur atas bantuan yang dihulurkan sehingga kini tidak putus-putus dan berharap dengan adanya bantuan ini, beliau dan para mangsa kebakaran akan memanfaatkannya dengan sebaiknya.

 

Manakala Pengiran Mohd. Asrul bin Pengiran Hassan yang merupakan salah seorang mangsa kebakaran Kampung Pandai Besi ‘A’ juga melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala atas bantuan yang diberikan yang sememangnya akan dapat menampung keperluan mereka sehari-hari.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53