Home > Bahasa Melayu
Utus takziah berikutan serangan di Westminster
March 24th, 2017 | 08:17 AM | 628 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Puan Yang Terutama The Right Honourable Theresa May berikutan dengan serangan kelmarin di Westminster yang mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.
Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan perasaan terkejut dan sedih mengetahui kejadian tersebut. Kebawah DYMM dan kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam bersama-sama dengan negara-negara lain turut mengutuk serangan pengganas yang kejam itu, dan berdiri teguh bersama dengan kerajaan dan rakyat British dalam masa negara mengalami keadaan yang mendukacitakan ini.
Kebawah DYMM seterusnya menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada PYT dan Kerajaan serta rakyat United Kingdom, terutama sekali kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Perutusan Takziah
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]