FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


CACJ bina perkongsian ketua hakim ASEAN


KETUA Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli semasa memberi ucapan pada Mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Hakim ASEAN Ke-5 di The Empire Hotel & Country Club. | Foto : Azmah Haji Ahad

 


 March 25th, 2017  |  07:43 AM  |   1746 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 24 Mac. - Penubuhan Kumpulan Kerja Majlis Ketua-Ketua Hakim ASEAN (CACJ) adalah bagi mengkaji keperluan latihan dan pembinaan keupayaan, penubuhan Portal Kehakiman ASEAN, teknik pengurusan kes, teknologi mahkamah, pertikaian kanak-kanak merentas sempadan dan proses sivil.

 

Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli berkata, Kumpulan Kerja CACJ juga akan membincangkan kemajuan bagi CACJ sebagai satu entiti di mana pada tahun lepas, mereka telah mengambil keputusan untuk mengambil langkah dalam menginstitusikan CACJ di bawah Piagam ASEAN.

 

Seperti yang kita semua maklum, tambah Yang Amat Arif, kemajuan besar telah dilaksanakan ke arah matlamat itu dan berhubung dengan kemajuan tersebut, Singapura akan membawakan cadangan bagi pilihan raya rasmi Pengerusi CACJ itu.

 

“Cadangan berkenaan bersama-sama dengan kejayaan yang telah diperolehi dalam penginstitusian majlis menunjukkan bahawa majlis ini terus berkembang lebih baik,” ujar Yang Amat Arif ketika merasmikan Mesyuarat CACJ Ke-5 yang diadakan di Empire Hotel and Country Club, Jerudong.

 

Dalam kita memasuki tahun kelima sejak penubuhannya, jelas Yang Amat Arif, adalah sangat penting bagi mereka untuk mengingatkan diri mengapa majlis ini wujud dan Boracay Accord menyedari bahawa mesyuarat ini adalah bertepatan dalam menangani perkara-perkara dasar peringkat tinggi yang melibatkan sistem undang-undang, berkongsi amalan terbaik dan menilai arah aliran undang-undang yang mana ia merupakan sebahagian daripada tugas yang lebih besar untuk mengukuhkan kehakiman negara-negara anggota ASEAN secara individu dan kolektif.

 

Dalam Deklarasi 2016 kata Yang Amat Arif, mereka dalam peranannya secara rasmi membuat rujukan untuk memastikan komprehensif kerjasama dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN dalam suasana penubuhan Komuniti ASEAN.

 

Yang Amat Arif juga mengingatkan kepada semua untuk mengekalkan momentum yang telah mereka perolehi selama ini dalam membina perkongsian dan meningkatkan kerjasama.

 

“Momentum itu akan menjadi lebih kuat selagi kita terus komited dengan wawasan kita untuk kecemerlangan mahkamah bagi semua negara anggota ASEAN.

 

Momentum itu hanya akan kekal selagi kita terus komited dalam kerjasama dan perkongsian maklumat. Momentum itu akan hilang jika kita gagal untuk kekal relevan. Ini bermakna kita tidak perlu menghadkan diri dalam kumpulan kerja yang telah ditubuhkan,” ujar Yang Amat Arif lagi.

 

Yang Amat Arif menambah, mereka telah membina asas yang kukuh untuk majlis itu dan sekarang mereka perlu membina asas yang kukuh itu dengan terus mengkaji dan berfikir tentang tugas mereka.

 

Pada setiap Mesyuarat CACJ jelas Yang Amat Arif lagi, mereka perlu mengambil kira potensi yang lebih untuk mencapai matlamat sama ada melalui kumpulan kerja yang ditubuhkan atau melalui kumpulan kerja baharu.

 

Adapun tujuan utama CACJ diadakan dalam menggalakkan hubungan yang rapat dan saling memahami antara hakim-hakim ASEAN di samping menyediakan forum tetap untuk ketua-ketua hakim ASEAN dalam berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu lazim yang dihadapi oleh para hakim ASEAN.

 

Ia juga bertujuan untuk memudahkan kerjasama kehakiman dalam kalangan hakim ASEAN dengan tujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di rantau ASEAN.

 

Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi mesyuarat berkenaan tahun ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53