FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Timbalan Menteri Pertahanan Hadiri DSA 2016


TIMBALAN Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit mengadakan perjumpaan dua hala dengan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum. | FOTO: IHSAN MINDEF

 


 April 21st, 2016  |  10:21 AM  |   5720 views

KUALA LUMPUR

 

Selasa, 19 April. - Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit telah menghadiri Perkhidmatan Pertahanan Asia Ke-15, 2016 (Defence Services Asia - DSA 2016) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

 

Mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan pada acara tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Haji Mohammad Amirul Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh.

 

200416 PR3 DMOD

TIMBALAN Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit semasa mengadakan perjumpaan dua hala dengan Panglima Komando Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana Harry B. Harris.

 

Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan telah mengadakan perjumpaan dua hala dengan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum yang mana kedua-dua belah pihak menegaskan kembali hubungan dua hala yang sangat baik antara kedua kementerian, terutama dalam bidang pertahanan dan kerjasama ketenteraan.

 

Kedua-dua pihak juga membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang lain untuk kepentingan bersama.

 

200416 PR4 DMOD

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Teknologi), Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Haji Mohammad Amirul Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh semasa berkunjung ke petak pameran Science and Technology Research Institute for Defence (STRIDE), Kementerian Pertahanan, Malaysia.

 

Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz juga mengadakan perjumpaan dua hala dengan Panglima Komando Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana Harry B. Harris, yang mana kedua-duanya membincangkan mengenai pertahanan dua hala dan kerjasama ketenteraan, yang antara lain meliputi pertukaran kunjungan dan eksesais.

 

Timbalan Menteri Pertahanan juga melawat Pameran DSA yang menyediakan maklumat terkini mengenai pembangunan industri pertahanan semasa, teknologi terkini, trend, produk dan perkhidmatan dalam pelbagai bidang pertahanan dan keselamatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Pertahanan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10