FacebookInstagramTwitterContact

 

Results of Closed Tender for Vehicle Registration Number           >>           Earn Income through Content Creation           >>           Hari Raya Must-Haves and Favourite Food           >>           Decorative Lights add Cheer to Hari Raya Celebration           >>           Disposal Service for Books & Papers containing Quranic Verse           >>           Business resume operations           >>           Back to Work after Hari Raya Holiday           >>           Handover of Brunei Green Economy Framework Report           >>           Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Pertukaran Belia Kukuhkan Kerjasama Brunei - Korea


Bergambar ramai bersama para delegasi.

 


 April 21st, 2016  |  10:37 AM  |   3642 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 20 April. - Seramai 10 orang belia negara berlepas ke Republik Korea hari ini bagi menyertai Program Pertukaran Belia Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea yang berlangsung selama 10 hari, bermula 20 hingga 29 April ini.

 

Delegasi negara ke program tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, graduan-graduan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Sekolah Vokasional Wasan, guru sekolah swasta, penuntut Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal serta mahasiswa UBD yang diketuai oleh Pemangku Penolong Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Awang Syed Abdul Mu'iz bin Syed Anayatullah Shah, selaku Ketua Rombongan.

 

Berada di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlepas ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Zafri Haji Mohamed; serta pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan.

 

200416 SYIAR2 BELIA

Pemangku Penolong Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Awang Syed Abdul Mu'iz bin Syed Anayatullah Shah, selaku ketua rombongan ketika ditemubual oleh PELITA BRUNEI.

 

Sepanjang 10 hari program dijalankan, delegasi negara akan membuat lawatan ke Muzium Negara Sejarah Kontemporari Korea, Pusat Belia Gangneung, tempat-tempat bersejarah di Gangneung dan Pyeongchang, melakukan aktiviti-aktiviti bersama belia-belia Korea, 'homestay' bersama keluarga angkat dan sebagainya.

 

Program Pertukaran Belia antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Korea telah ditandatangani di bawah Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kedua-dua buah negara pada tahun 2009 yang antara lain bertujuan bagi membantu dan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara.

 

Program tersebut juga bagi meningkatkan persefahaman dan kepercayaan kedua-dua belah pihak melalui penyertaan belia dalam program berkenaan, menerusi usaha tersebut dipercayai kedua-dua belah pihak akan memperolehi faedah daripadanya seperti persefahaman kebudayaan, ekonomi sosial dan politik.

 

Ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei, Ketua Rombongan, Awang Syed Abdul Mu'iz berkata, program tersebut antara lain akan mempersembahkan budaya serta adat orang-orang Brunei untuk didedahkan kepada orang luar seperti adat perkahwinan, makanan tradisi dan lain-lain.

 

Beliau juga berharap agar para delegasi akan mendapat pengalaman dan pelajaran yang bernilai di Republik Korea itu nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50