FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Loji Penapisan Industri Minyak Hengyi rangsang faedah industri hiliran


Yang Berhormat Menteri Di-Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ke-II semasa menyampaikan ucapan di majlis implementation agreement signing ceremony & annoucement bertempat di Indera Kayangan ballroom Empire Hotel and Country Club Jerudong. | Foto : Hamzah Mohidin

 


 March 28th, 2017  |  07:18 AM  |   1111 views

JERUDONG

 

JERUDONG, Isnin, 27 Mac. - Loji Penapisan Industri Minyak Hengyi Sdn. Bhd. (Hengyi) di Pulau Muara Besar akan memastikan sara diri Negara Brunei Darussalam dalam produk-produk penapisan dan merangsang faedah sampingan bagi industri hiliran bernilai tinggi.

 

Sehubungan itu, dalam proses untuk membangunkan Loji Penapisan Minyak dan Aromatik bersepadu di Pulau Muara Besar, satu lagi peristiwa penting dicapai dengan penandatanganan perjanjian pelaksanaan bagi projek ini di antara Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) selaku pengawal selia, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) sebagai fasilitator dan Hengyi sebagai pemaju projek.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka, di sini.

 

Menandatangani bagi pihak EIDPMO ialah Setiausaha Tetap (Hiliran dan Tenaga) JPM, Dato Paduka Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi, manakala BEDB ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dan Hengyi diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries Sdn. Bhd., Chen Lian Cai. Penandatanganan tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Hengyi, Qiu Jian Lin.

 

Pada majlis tersebut, jumlah pelaburan bagi fasa pertama projek ini, iaitu bernilai USD3.445 bilion diumumkan oleh Pengerusi Hengyi, Qiu Jian Lin.

 

Menurut Qiu Jian Lin, pencapaian mercu tanda ini menunjukkan komitmen Hengyi untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Brunei Darussalam, yang selaras dengan Wawasan 2035 dalam mengembangkan segmen hiliran industri minyak dan gas.

 

''Hengyi berhasrat untuk mewujudkan nilai dan peluang-peluang dengan mematuhi elemen pembangunan perniagaan tempatan,'' jelasnya.

 

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi, Chen Lian Cai dalam ucapannya menjelaskan, Kompleks Aromatik dan Penapisan Minyak Hengyi merupakan salah sebuah projek pembangunan utama dalam bidang ekonomi serta perdagangan di antara China dan Negara Brunei Darussalam.

 

Projek ini ujarnya, sedang dalam pelaksanaannya dan fasa pertama yang telah siap dijangka akan mengambil kiran-kira 8 juta tan minyak mentah juga kondensat serta merangsang pengeluaran produk ditapis seperti petrol, 'jet fuel' dan diesel serta produk petrokimia.

 

Kilang Penapisan Minyak Hengyi ini tambahnya, akan memperlihatkan potensi Brunei yang semakin berkembang sebagai destinasi untuk pemprosesan tambah nilai.

 

Menurutnya, Projek Hengyi bukan sahaja akan menjana faedah sampingan (spinoffs) ekonomi, peluang pekerjaan, di samping memastikan pembangunan kemahiran tempatan, tetapi juga akan meletakkan Brunei dalam peta dunia sebagai salah satu peneraju dalam landskap petrokimia di rantau ini.

 

''Hengyi berjanji akan mematuhi keperluan peraturan serta teknikal untuk memastikan bahawa loji dan kemudahan kami dibangunkan dengan lengkap, dikendalikan dan diuruskan mengikut standard tempatan juga antarabangsa,'' jelas beliau.

 

Perjanjian pelaksanaan tersebut, menggariskan antara lain keperluan pelaksanaan projek termasuk tanggungjawab Hengyi dari segi peluang pekerjaan dan perniagaan pada negara dan rakyatnya.

 

Semasa fasa kemuncak pembinaan, 10,000 tenaga kerja akan diperlukan, di mana tidak kurang daripada 5,000 peluang pekerjaan akan dibuka kepada penduduk tempatan.

 

Manakala semasa fasa operasi, Hengyi akan menggunakan 971 tenaga kerja tetap dan lebih 75 peratus penduduk tempatan semasa operasinya. Ini adalah sebahagian dari komitmen Hengyi untuk menyokong pekerjaan tempatan, kandungan tempatan dan Pelaburan Langsung Asing ke negara ini.

 

Perjanjian pelaksanaan tersebut juga menggariskan tanggungjawab Hengyi mengenai keperluan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) untuk melindungi para pekerja Hengyi, kontraktor dan masyarakat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39