FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hengyi Industries sediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Brunei


Yang Berhormat Menteri Di-Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ke-II semasa menyampaikan ucapan di majlis implementation agreement signing ceremony & annoucement bertempat di Indera Kayangan ballroom Empire Hotel and Country Club Jerudong. | Foto : Hamzah Mohidin

 


 March 28th, 2017  |  07:18 AM  |   2105 views

JERUDONG

 

JERUDONG, Isnin, 27 Mac. - Kompleks Kilang Penapisan Minyak Mentah dan Aromatics Cracker Hengyi Industries Sdn. Bhd. di Pulau Muara Besar merupakan satu Pelaburan Langsung Asing (FDI) tunggal terbesar Negara Brunei Darussalam yang dilihat sejak tahun kebelakangan, mampu meningkatkan keyakinan mengenai aspek pembangunan dan peluang-peluang yang akan dibawa masuk ke negara serta penduduknya.

 

Ia adalah bukti daya tarikan Negara Brunei Darussalam pada syarikat-syarikat antarabangsa yang terkemuka, sebagai salah satu destinasi FDI.

 

Di tambah lagi, kejayaan kerjasama syarikat usaha sama antara Modal Pembangunan Strategik, di bawah Tabung Dana Kemampanan (Sustainability Fund) Kementerian Kewangan dan Zhejiang Hengyi Petrokimia, mempamerkan hubungan yang kukuh di antara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim menyatakan demikian pada Majlis Penandatanganan Perjanjian Pelaksanaan bagi Projek Kilang Penapisan Minyak dan Aromatik bersepadu Hengyi Industries Sdn. Bhd. berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, penandatanganan perjanjian pelaksanaan tersebut adalah mercu tanda ketara bagi Negara Brunei Darussalam dalam usahanya ke arah persekitaran yang lebih kondusif dan 'pro business'.

 

Selain menyumbang pada kepelbagaian ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Brunei, Yang Berhormat berkata, Hengyi dijangka menjana faedah sampingan (spinoffs) perniagaan bagi syarikat tempatan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

 

Jelas Yang Berhormat, pembentukan perjanjian pelaksanaan itu, adalah penting kerana ia menggariskan, antara lain, komitmen Hengyi Industries pada peraturan serta keperluan pematuhan dan sumbangannya pada pembangunan ekonomi juga sosial negara.

 

Pada masa yang sama, Hengyi Industries tambah Yang Berhormat juga menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Brunei dalam pelbagai peringkat.

 

Semasa peringkat pelaksanaan jelasnya, sejumlah 5,000 peluang pekerjaan akan disediakan dalam pelbagai bidang pembinaan, manakala dalam fasa pertama sahaja, Hengyi menjangka untuk menawarkan 971 peluang pekerjaan, di mana 40 peratus akan dibuka kepada penduduk tempatan, dari tahun pertama operasi.

 

Setakat ini, Hengyi Industries sudah mempunyai 120 tenaga kerja, di mana 62 peratus adalah penduduk tempatan.

 

Yang Berhormat seterusnya menambah, untuk memastikan 40 peratus keperluan kandungan tempatan dalam tahun pertama operasi, Hengyi Industries dengan bantuan Kementerian Pendidikan melalui Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah berjaya melaksanakan program biasiswa yang mengambil mahasiswa dari UBD untuk belajar di Universiti Zhejiang di Republik Rakyat China yang merangkumi pengalaman industri dalam loji petrokimia.

 

13 graduan dari kohort pertama ujar Yang Berhormat, telah pun bekerja dengan Hengyi Industries dan 30 orang lagi kohort kedua serta ketiga sedang menjalani latihan mereka dalam operasi Hengyi di Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China.

 

Pada 14 Februari 2017 yang lalu, seramai 14 lagi pelajar telah menandatangani untuk menyertai program biasiswa ini.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, pelaburan industri Hengyi akan menyumbang pada pembangunan Pulau Muara Besar sebagai tapak perindustrian, yang mampu menampung lebih banyak projek dan aktiviti, termasuk pembinaan dan logistik, keselamatan serta perkhidmatan penyelenggaraan.

 

Sebagai sebahagian dari usaha untuk memudahkan perkembangan ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memulakan pembinaan empat lorong laut merentas jambatan, yang akan menghubungkan jarak tanah besar ke Pulau Muara Besar kira-kira 2.7 kilometer.

 

Ini akan memudahkan pergerakan kakitangan serta menyediakan perkhidmatan yang penting dan utiliti ke pulau itu.

 

Mengakhiri ucapannya, Yang Berhormat yakin bahawa keputusan Hengyi Industries untuk memilih negara ini sebagai destinasi pelaburan mereka akan membuahkan kejayaan melalui kerjasama yang kukuh untuk memenuhi objektifnya dan aspirasi negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54