Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran D.P.K.T
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga Inspektor Jeneral Polis berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) kepada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Tuan Hoong Wee Teck. | Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas
March 28th, 2017 | 07:20 AM | 998 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga Inspektor Jeneral Polis, petang tadi berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) kepada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Tuan Hoong Wee Teck.
Sejurus selepas majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Tuan Hoong Wee Teck.
Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.
Mengiringi Pesuruhjaya Polis Republik Singapura ke majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai dan Commander Training Command (TRACOM), Republik Singapura, Tuan SAC Loy Chye Meng.
Turut hadir, Pemangku Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]