FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan


AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad (kiri) turut mengongsikan pengalamannya kepada para peserta program. | Foto: Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 March 29th, 2017  |  10:04 AM  |   903 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Program Belia Hebat (Super Youth) yang telah diadakan selama dua hari bermula 27 Mac lalu melabuhkan tirainya dengan majlis penutup yang diadakan di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. 

 

Hadir bagi mengongsikan pengalaman dan seterusnya menyampaikan sijil kepada 30 peserta program berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad. 

 

Program tersebut  merupakan projek khidmat masyarakat yang diungkayahkan oleh Dynamic Action Group terdiri daripada tujuh orang pegawai muda kerajaan yang berkaliber daripada pelbagai kementerian dan jabatan yang pada ketika ini sedang mengikuti kursus Junior Executive Program (JEP) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Perkhidmatan Awam selama sepuluh minggu.

 

Di sepanjang program, belia-belia hebat yang turut serta telah didedahkan kepada pelbagai aspek kemahiran diri sebagai seorang pemimpin terutamanya keberanian dalam berkomunikasi secara efektif di khalayak umum. 

 

Di samping itu mereka turut diberikan peluang mengetahui personaliti masing-masing di peringkat  awal dan seterusnya mengetahui kekuatan serta kelemahan diri dalam menentukan arah tuju prospek kerjaya mereka. 

 

Tiga tema utama khusus ditampilkan dalam program  yang julung kali diadakan iaitu Mengetahui Potensi Diri (Realizing Your Potential), Peranan Belia dalam Wawasan Brunei 2035 dan Projek Komuniti Kecil (Mini Community Work). 

 

Terdahulu pada sesi sebelah pagi, para belia turut dibawa ke Kampong Lurong Sikuna bagi membuat aktiviti khidmat masyarakat dan meningkatkan kemahiran komunikasi mereka bersama penduduk kampung secara sepontan serta seterusnya memberikan pohon lada sebagai tanda penghargaan kepada penduduk berkenaan. 

 

Sementara itu, Mohd. Aiman Izzuddin bin Dato Paduka Haji Jaidin, 16 tahun dari Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dan Dayangku Nur Wafiqah Madihah binti Pengiran Haji Edros, 16 tahun dari Sekolah Menengah Sayyidina Hassan  ketika ditemui berkata banyak perkara yang telah mereka perolehi  daripada penyertaan program tersebut.

 

Setelah menyertai program ini, keyakinan dalam bercakap di khalayak ramai atau 'Public Speaking' mereka semakin meningkat selain dapat mempelajari kemahiran yang lainnya seperti kerja berpasukan.

 

Melalui program ini juga, mereka dapat mempelajari tentang pentingnya kerja berpasukan selain dalam mengenali sesama sendiri agar dapat berkomunikasi dengan lebih baik.

 

Pada masa yang sama, mereka telah mempelajari banyak pekara seperti sifat-sifat kepimpinan yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin yang baik.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17