FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rangka kerja pengurusan perikanan perlu dikukuhkan


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin semasa menyampaikan ucapan. | Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

 


 April 4th, 2017  |  08:43 AM  |   906 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 3 April. – Meningkatkan kebolehkesanan tangkapan perikanan marin merupakan salah satu cabaran besar yang dihadapi di rantau ASEAN dengan memerlukan pengukuhan rangka kerja pengurusan perikanan yang berkesan, di samping juga pemantauan, kawalan dan pengawasan.

 

Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin  pada Mesyuarat ke 49 Council of The Southeast Asian Fisheries Development Centre (SEAFDEC)  berkata, mereka percaya bahawa peningkatan pengesanan melalui Pelaksanaan Electronic ASEAN Catch Documentation Scheme atau eACDS yang ditubuhkan oleh SEAFDEC boleh meningkatkan prestasi dalam pengurusan perikanan dan menghalang kemasukan ikan dan produk perikanan dari penangkapan ikan yang tidak sah yang tidak mengikuti peraturan dan tidak dilapor  (IUU fishing) ke dalam rangkaian bekalan.

 

Dr. Awang Haji Abdul Manaf juga difahamkan bahawa SEAFDEC akan menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini dan dalam hubungan ini, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada SEAFDEC dalam pencapaian yang mandat bagi membangunkan dan mengurus potensi perikanan rantau ini secara penggunaan rasional sumber-sumber untuk menyediakan jaminan keselamatan makanan kepada rakyat dan mengurangkan kemiskinan melalui peralihan kepada teknologi baru, penyelidikan dan aktiviti penyebaran maklumat.

 

“Bagi kami di Brunei Darussalam, perikanan adalah dianggap sebagai salah satu daripada pemacu ekonomi untuk bergerak jauh daripada jumlah kebergantungan minyak dan gas. Kami bersungguh-sungguh menggalakkan sektor utama perikanan iaitu, akuakultur dan pemprosesan, untuk pelabur yang berminat di dalam dan luar negara,” tambahnya.

 

Terdahulu, beliau menjelaskan, Brunei Darussalam menyambut baik SEAFDEC atas sumbangannya kepada kerjasama serantau terutamanya dalam menggalakkan pembangunan perikanan yang mapan di rantau ASEAN.

 

Jelasnya, mereka mengiktiraf pencapaian penting yang dilaksanakan oleh SEAFDEC terutamanya inisiatif Kerjasama Serantau pada tahun-tahun lalu yang telah membuktikan kewujudan penting SEAFDEC.

 

Beliau menambah, salah satu pencapaian adalah Deklarasi Bersama ASEAN-SEAFDEC mengenai Kerjasama Serantau bagi Membanteras penangkapan ikan yang tidak sah yang tidak mengikuti peraturan dan tidak dilapor (IUU Fishing) dan Meningkatkan Daya Saing Ikan dan Produk Perikanan ASEAN pada Rundingan Peringkat Tinggi ASEAN-SEAFDEC dianjurkan pada 3 Ogos 2016 di Bangkok, Thailand.

 

“Deklarasi bersama itu turut ditangani semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan September 2016 di Vientiane, Lao PDR yang mana Ketua-ketua Negara/Kerajaan Negara Anggota ASEAN mengalu-alukan Deklarasi Bersama mengenai pencapaiannya dalam mengukuhkan keupayaan negara bagi membenteras IUU fishing di rantau ini,” ujarnya.

 

Sementara itu, Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN ke-38 mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) di Singapura pada 6 Oktober 2016 juga  jelasnya telah menyatakan Deklarasi Bersama dan menggalakkan negara-negara anggota ASEAN untuk meningkatkan pelaksanaannya.

 

Menurutnya lagi, Mesyuarat AMAF ke-38 juga mencadangkan negara-negara anggota ASEAN dalam membangunkan ‘ASEAN Common Fisheries Policy’ untuk mengukuhkan usaha sama yang mampan dan bertanggungjawab dalam perikanan dan keselamatan makanan di rantau ASEAN.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53