FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kunjungilah pameran seni kraf tangan Jepun di Muzium Teknologi Melayu


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa merasmikan Pameran Berunsurkan Kraf Tangan - Teknik dan Tradisi Negara Jepun. | Foto : Azmah Haji Ahad

 


 April 4th, 2017  |  08:44 AM  |   1630 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

KOTA BATU, Isnin, 3 April. - Orang ramai yang ingin melihat secara lebih dekat mengenai seni kraf tangan Jepun kini boleh mengunjungi Muzium Teknologi Melayu, Jalan Kota Batu untuk menyaksikan pameran dari negara matahari terbit itu.

 

Pameran Berunsurkan Kraf Tangan - Teknik dan Tradisi Negara Jepun yang diadakan bermula hari ini hingga 30 April itu merupakan anjuran Kedutaan Jepun di negara ini dengan kerjasama Yayasan Jepun.

 

Sehubungan itu, perasmian pameran itu disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Terdahulu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke negara ini, Puan Yang Terutama Noriko Iki dalam alu-aluannya menjelaskan, pameran ini adalah salah satu daripada pameran yang diselenggarakan oleh Yayasan Jepun dari koleksi karya seni mereka sendiri yang memainkan peranan dekat dalam kehidupan seharian masyarakat di setiap wilayah Jepun, di samping mempamerkan kerja-kerja kreatif seni yang dibuat oleh para karyawan 'Craft Artists'.

 

Selain itu, pameran tersebut juga memberikan tumpuan kepada kraf tradisional yang dibangunkan dalam proses kehidupan seharian oleh para karyawan dengan memperkenalkan pelbagai produk kraf tradisional termasuk seramik, tekstil, kaca, logam, kayu, kerja buluh, Lakuer, kertas dan peralatan 'stationary'.

 

Pameran yang juga diselenggarakan bersama oleh Jabatan Muzium-Muzium Brunei, dibukakan setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali hari Jumaat dibukakan dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 5.00 petang dan masuk adalah percuma.

 

Juga hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Awang Haji Mohd. Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad; Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Aji; Pegawai Tugas-Tugas Khas di Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Quddus bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz serta pegawai dan kakitangan Jabatan-Jabatan Muzium dan pihak Kedutaan Jepun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10