FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Belait lancar 71 kali khatam


SETIAUSAHA Tetap (Media dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohd. Riza Bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. | Foto : Noraisah Muhammed

 


 April 5th, 2017  |  08:08 AM  |   741 views

BELAIT

 

KUALA BELAIT, Selasa 4 April. - Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-71 bagi Tahun 2017 adalah untuk menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat dan nikmat-Nya menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

 

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang Ke-71 bagi Tahun 2017 diadakan selepas Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, hari ini bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.

 

Bagi Daerah Belait pula, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam tersebut diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

 

Majlis bermula dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat dengan niat khas Pembacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam tersebut dan seterusnya Pembacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran bermula dari juz pertama dimulakan.

 

Tahun ini, penyertaan bagi daerah ini berjumlah seramai 412 orang, terdiri daripada 35 lelaki dewasa; 35 wanita dewasa; 35 belia; 35 beliawanis; 86 kanak-kanak lelaki; 86 kanak-kanak perempuan; 50 pelajar Kementerian Pendidikan (lelaki) dan 50 pelajar Kementerian Pendidikan (perempuan).

 

Turut hadir sama, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pegawai Daerah Belait; ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama; Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait; Penghulu-Penghulu Mukim; Ketua-Ketua Kampung; Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah; pegawai-pegawai ugama; bilal-bilal; ahli-ahli takmir masjid dan anak-anak buah kampung.

 

Majlis Khatam Al Quran 71 Kali Khatam tersebut dan Bacaan Doa Khusus adalah bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah DYMM dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala. Doa Khusus tersebut dibaca bagi mengakhiri majlis yang penuh keberkataan itu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19