FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hubungan kerjasama Brunei - Kanada terus kukuh


YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan semasa membuat kunjungan hormat kepada Governor-General Kanada, Tuan Yang Terutama The Right Honourable David Johnston. | Foto : Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

 


 April 5th, 2017  |  08:11 AM  |   709 views

KANADA

 

KANADA, Isnin, 3 April. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berangkat tiba di Ottawa pada 2 April 2017  atas jemputan Global Affairs Canada.

 

Pada tahun ini, Kanada akan meraikan Ulang Tahun Ke-150negara Kanada  juga Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Dialog ASEAN - Kanada.

 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ottawa dijunjung oleh Director-General for Southeast Asia, APEC and ASEAN of Global Affairs Canada, Tuan James Ian Burchett  dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Kanada, Tuan Yang Terutama Kolonel (B), Pengiran Haji Kamal Bashah bin Pengiran Haji Ahmad.

 

Lawatan hari kedua dimulakan dengan perjumpaan-perjumpaan dua hala yang diadakan di Global Affairs Canada.

 

YTM memulakan perjumpaannya bersama Setiausaha Parlimen kepada Menteri Hal Ehwal Luar Kanada, Tuan Matt Decourcey  diikuti dengan Penolong Timbalan Menteri bagi Asia Pasifik, Global Affairs Canada, Tuan Dr. Donald Bobiash.

 

Sementara itu, YTM juga berkenan berangkat menghadiri santap tengah hari yang diberikan oleh Timbalan Menteri bagi Perkembangan Antarabangsa, Global Affairs Canada, Tuan Peter M. Boehm yang berlangsung di Global Affairs Canada.

 

Pada semua perjumpaan berkenaan, beberapa perkara telah pun disentuh  terutama sekali perkembangan hubungan dua hala, di mana kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menerokai bidang-bidang kerjasama yang berpotensi. Selain itu, isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama juga dibincangkan.

 

Pada sebelah petang, YTM seterusnya membuat kunjungan hormat kepada  Gabenor-Jeneral Kanada, Tuan Yang Terutama The Right Honourable David Johnston. Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialahisteri kepada Gabenor-Jeneral, Puan Yang Terutama Sharon Johnston.

 

Semasa perjumpan tersebut,kedua belah pihak mengakui bahawa Negara Brunei Darussalam dan Kanada mempunyai hubungan persahabatan dan kerjasama yang rapat dan seterusnya menekankan bagi meningkatkan lagi kerjasama dua hala kedua-dua negara.

 

YTM seterusnya menghadiri Santap malam di Salon Du Jardin, Hilton Lac-Leamy Hotel, Ottawa yang turut sama dihadiri oleh Senator dari Wilayah British Columbia, Tuan Yuen Pau Woo, pegawai-pegawai kanan dari Global Affaris Canada dan juga Ketua-Ketua Perwakilan ASEAN di Ottawa.

 

Turut mengiringi YTM sepanjang lawatan tersebut ialah Yang Amat Mulia, Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Azizi bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

 

YTM  berangkat dan meneruskan lawatan ke Vancouver pada 4 April 2017 sebelum mengakhiri lawatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54