Home > Bahasa Melayu
MoA Majalah ‘Matchday Brunei DPMM FC’ditandatangani
April 6th, 2017 | 07:20 AM | 972 views
BANDAR SERI BEGAWAN
GADONG, Rabu, 5 April. - Majalah Matchday Brunei DPMM FC terbitan A.K.K Design kini diterbitkan khusus bagi para peminat dan penyokong pasukan Brunei DPMM FC bagi setiap perlawanan di tempat sendiri, di samping mengetahui perkembangan Liga S. 2017.
Sehubungan itu, Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara A.K.K Design selaku penerbit Majalah Matchday Brunei DPMM FC dengan rakan-rakan dan penyokong Majalah Matchday Brunei DPMM FC berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud; Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke negara ini, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Mendahului menandatangani MoA ialah dari Baiduri Bank yang diwakili oleh Ketua Perbendaharaan, Awangku Nor Muhammad Nizam bin Pengiran Haji Tengah diikuti dengan Brunei Press Sendirian Berhad yang diwakili oleh Pengurus Am, Reggie See dan seterusnya Cityneon Displays and Construction Sendirian Berhad diwakili oleh Pengarah Urusannya, Dato Jack Ting.
MoA selepas itu diteruskan dari Syarikat Penerbangan Diraja Brunei yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Karam Chand, manakala Nazmi Textile Mall diwakili oleh Pengurus Nazmi Textile Mall, Mohamed Nazmi Rizhwan bin Nazeer.
Sementara itu, menandatangani MoA dari Progresif Cellular Sendirian Berhad (PCSB) pula diwakili oleh Ketua Pengurus Kewangan PCSB, Roger Playhay dan Pengarah Radio Televisyen Brunei, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu.
Pada penandatanganan tersebut, A.K.K Design pula ditandatangani oleh Pegawai Eksekutifnya, Awang Sazali Mohd Ariff dan disaksikan oleh Eksekutif Pemasaran, Awang Abd. Aziz Ibrahim.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]