FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Riadah Berbasikal Meriahkan Kuala Belaitku Ceria


TURUT menyertai acara berbasikal hari ini di sini ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Othman, dan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Othman, dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haj ACARA Berbasikal antara aktiviti yang diadakan semasa Kuala BelaitKu Ceria hari ini. SATU lagi aktiviti untuk menjaga kesihatan, senaman Zumba turut menceriakan lagi suasana Prograam Kuala BelaitKu Ceria hari ini. AKTIVITI jualan-jualan disertai oleh peniaga-peniaga kecil tempatan turut memeriahkan lagi Kuala BelaitKu Ceria hari ini. Berita dan Foto : Ihsan Media Permata

 


 April 10th, 2017  |  08:56 AM  |   857 views

KUALA BELAIT

 

 

 Jabatan Daerah Belait dan Jabatan Bandaran Kuala Belait Seria dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain telah mengendalikan program Kuala Belaitku Ceria yang merupakan sebagai laratan kepada Inisiatif Hari Tanpa Kereta dan Program Bandarku Ceria yang diadakan di Bandar Seri Begawan pada setiap hari Ahad bermula pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

 

Program ini adalah salah satu inisiatif pihak kerajaan bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan, serta membuka peluang kepada Peniaga-peniaga Kecil dan Sederhana (SME), selain mengurangkan ‘carbon footprint’ dan juga bagi menggalakkan cara hidup sihat.

 

Kuala Belaitku Ceria, juga telah melibatkan penyertaan daripada beberapa agensi-agensi kerajaan dan swasta serta Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Belait.

 

Program berlangsung hari ini, diadakan bertempat di persekitaran Pekan Kuala Belait bagi menarik orang ramai dan juga pelancong untuk berkunjung ke Daerah Belait khususnya Pekan Kuala Belait.

 

Program ini telah dirancang dengan berbagai-bagai aktiviti termasuklah aktiviti riadah berbasikal mengelilingi kawasan Pekan Kuala Belait dengan melalui Jalan Mckerron, Jalan Sungai, Jalan Bunga Simpur dan Jalan Bunga Raya.

 

Beberapa aktiviti sampingan juga turut diadakan bagi menambahceriakan lagi acara berkenaan seperti persembahan daripada Pasukan Serunai dan Tambur Batalion Ketiga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Royal Gurkha Rifles, senamrobik, persembahan seni silat, jualan-jualan, pameran daripada persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO’s) pameran dan jualan Satu Kampung Satu Produk (1K1P), pameran kucing dan kereta, serta pameran sains dan robotik daripada pihak Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) Seria.

 

Turut menyertai acara berbasikal hari ini di sini ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Othman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Juga menyertai ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput; Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan, Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga penduduk Daerah Belait.

 

Program Kuala Belaitku Ceria diharapkan akan dapat membangun mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan sambil mengekalkan cara hidup yang sihat dengan cara beriadah bersama keluarga, dalam masa yang sama program ini juga diharapkan akan dapat membentuk penduduk dalam meningkatkan perekonomian khususnya peniaga-peniaga kecil dan seterusnya dapat memeriahkan dan menceriakan lagi suasana Pekan Kuala Belait.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17