FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penjagaan Kesihatan Dalam Islam


TAZKIRAH bertajuk "Beberapa Aspek Penjagaan Kesihatan dalam Islam" disampaikan oleh Pemangku Raes, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Adanan bin Haji Besar. TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud antara yang hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' . TAZKIRAH bertajuk "Beberapa Aspek Penjagaan Kesihatan dalam Islam" disampaikan oleh Pemangku Raes, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Adanan bin Haji Besar. TAZKIRAH bertajuk "Beberapa Aspek Penjagaan Kesihatan dalam Islam" disampaikan oleh Pemangku Raes, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Adanan bin Haji Besar. TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud antara yang hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' . Berita dan Foto : Haji Ariffin bin Mohamad Noor/Morshidi

 


 April 10th, 2017  |  09:08 AM  |   893 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Tazkirah selepas menunaikan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah merupakan sebahagian daripada Program “Masjidku Makmur, Negara Berkat” kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da’wah Islamiah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar ’Ali Saifuddien yang diadakan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di sini.

 

Program yang merupakan perhimpunan mingguan adalah bagi mengalu-alukan jemaah serta meningkatkan kehadiran dalam sama-sama memakmurkan masjid dan seterusnya secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di awal waktu di masjid.

 

Dalam tazkirah yang diadakan pada kali ini membawa tajuk ‘Beberapa Aspek Penjagaan Kesihatan dalam Islam’ yang disampaikan oleh Pemangku Raes, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Adanan bin Haji Besar.

 

Semasa menyampaikan tazkirah berkenaan beliau turut mengongsikan beberapa jenis makanan yang merupakan amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  yang banyak mengandungi khasiat dan berupa syifa atau ubat-ubatan bagi beberapa penyakit. Makanan-makanan tersebut termasuklah Habbatus Sauda dan Madu.

 

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Datin; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof; dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Tajaah.

 

Masjid adalah ibarat Rumah Allah, dan sesungguhnya menghadirkan diri beribadah ke masjid serta mendirikan sembahyang secara berjemaah itu mempunyai kelebihan darjat berbanding sembahyang secara perseorangan.

 

Program “Masjidku Makmur, Negara Berkat” turut memberikan peluang kepada para pengunjung bagi sama-sama memeriahkan  acara Bandarku Ceria, memulakan langkah dan keceriaan dihujung minggu dengan meraih keberkatan melalui partisipasi menunaikan tuntutan sembahyang fardhu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan.

 

Turut sama menyerikan program ini ialah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan dan Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Kehadiran jemaah memakmurkan rumah Allah diharapkan akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  dan dapat menimbulkan rasa persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan amal ibadat bersama-sama. Makmurnya masjid-masjid di negara ini, adalah antara landasan bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala bagi diri kita, keluarga dan juga negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19