FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Guru Berperanan Beri Ilmu Dan Kemahiran


SALAH seorang penerima anugerah daripada tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Penghargaan Guru dalam Peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' dan IGCSE, Hari Graduan Program PEARSON BTEC Kohot 5 dan Program Pra Vokasional Tahun 2TETAMU kehormat, Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor semasa menyampaikan anugerah kepada penerima pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Penghargaan ANTARA penerima pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Penghargaan Guru dalam Peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' dan IGCSE, Hari Graduan Program PEARSON BTEC Kohot 5 dan Program Pra Vokasional Tahun 2016, di Dewan Serbaguna, Sekolah Menenga PARA ibu bapa yang hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Penghargaan Guru dalam Peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' dan IGCSE, Hari Graduan Program PEARSON BTEC Kohot 5 dan Program Pra Vokasional Tahun 2016, di Dewan Serbaguna, Sekola ANTARA ibu bapa yang hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Penghargaan Guru dalam Peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' dan IGCSE, Hari Graduan Program PEARSON BTEC Kohot 5 dan Program Pra Vokasional Tahun 2016, di Dewan Serbaguna, Seko Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin, Muhd. Huzmi Lawi / Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 


 April 11th, 2017  |  10:16 AM  |   873 views

KILANAS

 

 

 

Guru yang bijaksana dapat dilihat sebagai seorang yang mampu membantu pelajar untuk menjadi generasi yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya dalam segenap bidang duniawi dan ukhrawi.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Penghargaan Guru dalam Peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' dan IGCSE, Hari Graduan Program PEARSON BTEC Kohot 5 dan Program Pra Vokasional Tahun 2016, di Dewan Serbaguna, Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Mukim Kilanas, di sini.

 

Awang Haji Ali Yusri juga menerangkan, guru berperanan penting dalam memberi ilmu dan kemahiran yang relevan bagi membolehkan mereka melakukan pelbagai aspek kehidupan seperti alam pekerjaan berasaskan teknologi dalam dunia yang berbeza dan luas.

 

Untuk mencapai hasrat tersebut jelasnya, pendekatan seluruh negara (whole-nation approach) dan kerjasama yang berterusan daripada semua pihak berkepentingan adalah sangat diperlukan, selain pembabitan para ibu bapa dalam pembelajaran pelajar melalui aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru.

 

"Semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur langkah untuk merealisasikannya.

 

Gabungan kerjasama yang kukuh diharap akan mampu mewujudkan satu jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi, yang mampu dicapai.

 

Hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab, sentiasa menyokong di antara satu sama lain di antara warga sekolah dan ibu bapa sangat penting bak kata peribahasa "seperti aur dengan tebing", tambah beliau lagi.

 

Seramai 53 pelajar menerima Anugerah Penuntut Cemerlang yang mendapat 7 hingga 9 kredit dalam Peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' dan IGCSE; 58 pelajar pula telah menerima Anugerah Penuntut Cemerlang yang mendapat 5 hingga 8 kredit dalam Peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' dan IGCSE yang mengikuti Program-program Akademik; dan Anugerah Penuntut yang mendapat A+ dalam Peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' dan IGCSE diberikan kepada 10 pelajar.

 

Manakala seramai 12 pelajar telah mendapat Anugerah Penuntut Cemerlang yang mendapat 5 hingga 6 kredit dalam Peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' dan IGCSE; seramai 21 pelajar pula telah menerima sijil bagi Program PEARSON BTEC Kohot 5 dan enam Graduan Program Pra Vokasional.

 

Sementara itu, seramai 20 guru telah menerima Anugerah Penghargaan kepada Guru-guru dan Jabatan yang mencapai sasaran dalam Peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' dan IGCSE 2016.

 

Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan Peperiksaan BC GCE Peringkat 'O' dan IGCSE 2016 pula diberikan kepada Geraldine Ting, Tan Wan Sing dan Dayang Siti Rafidah binti Haji Ayob.

 

Pada majlis itu, penyampaian sijil dan anugerah disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17