FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM Berangkat Ziarahi Jenazah Allahyarham YAM Pengiran Seri Wijaya


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia bersama Duli Yang Teramat Mulia semasa berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd. Yusof dan seterusnya berkenan menyertai sembahyang jenazah yang diimam KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia bersama Duli Yang Teramat Mulia semasa berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd. Yusof dan seterusnya berkenan menyertai sembahyang jenazah yang diima KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia bersama Duli Yang Teramat Mulia semasa berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd. Yusof. DULI Yang Teramat Mulia semasa berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd. Yusof.SEBAHAGIAN daripada barisan yang membawa alat-alat kebesaran. Oleh : Ak Syi’aruddin Pg Dauddin / Foto : Haji Ariffin Md. Noor, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 April 12th, 2017  |  08:48 AM  |   1706 views

BENGKURONG

 

 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd. Yusof, di rumah kediamannya di Kampung Bengkurong.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah serta kerabat-kerabat diraja yang lain.

 

Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad telah kembali ke rahmatullah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, hari ini, jam 9.30 pagi ketika berusia 84 tahun.

 

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga bersama-sama menunaikan Sembahyang Jenazah Berjemaah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Allahyarham YAM Pengiran dilahirkan pada 25 Disember 1932, di Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan), Negara Brunei Darussalam dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pekan Brunei dari tahun 1939 hingga 1945 dan Sekolah Misi St. George, Bandar Brunei dari tahun 1945 hingga 1950, selain itu, Allahyarham YAM Pengiran juga pernah belajar malam di Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Brunei dari tahun 1955 hingga 1960.

 

Allahyarham YAM Pengiran mula berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Mac 1951.

 

Selain itu, Allahyarham YAM Pengiran juga pernah ditempatkan untuk bertugas di beberapa buah jabatan kerajaan seperti, Jabatan Kastam, Pejabat Tanah, Pejabat Ukur dan Jabatan Perjawatan.

 

Pada 1 Oktober 1967, Allahyarham YAM Pengiran telah dilantik sebagai Pegawai Protokol di Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN) sehingga dinaikkan pangkat menjadi Penolong Yang Di-Pertua AdatIstiadat Negara pada 1 Julai 1982 sehingga bersara dari perkhidmatan pada 25 Disember 1987.

 

Pada 1 Mac 1988, Allahyarham YAM Pengiran telah diambil semula untuk berkhidmat dalam jawatan yang sama sehingga 18 Januari 2004.

 

Pada 19 Januari 2004, Allahyarham YAM Pengiran telah dilantik menjadi Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan / Pegawai Pentadbir Kanan di Jabatan Adat Istiadat Negara, dan pada 5 Februari 2007, Allahyarham YAM Pengiran telah dilantik menjadi Penolong Kanan Yang Di-Pertuan Adat Istiadat Negara di JAIN.

 

Allahyarham YAM Pengiran merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Adat Istiadat, selain pernah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Dermasiswa (Jabatan Hal Ehwal Ugama).

 

Atas titah perkenan Kebawah DYMM, Allahyarham YAM Pengiran diangkat menjadi Cheteria 32, 'Pengiran Seri Wijaya' pada 28 April 2004.

 

Selain dari itu, Allahyarham YAM Pengiran telah dikurniakan dengan beberapa Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan, antaranya Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (Dato Seri Paduka - S.P.M.B.) pada tahun 1988; Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (Dato Paduka - D.P.M.B.) pada tahun 1986; Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.) pada tahun 1968; Pingat Bakti Laila Ikhlas (P.B.L.I.) pada tahun 1987; Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) pada tahun 1966; Pingat Kerja Lama (P.K.L.) pada tahun 1974; Pingat Pengisytiharan Kemerdekaan pada tahun 1987; Pingat Perjuangan pada tahun 1963; Pingat Puspa pada tahun 1968; Pingat Jubli Perak pada tahun 1992 dan Pingat Jubli Perak Hari Kebangsaan Ke-25 Tahun pada tahun 2009.

 

Semasa hayatnya, Allahyarham YAM Pengiran bertanggungjawab memerhatikan hal ehwal yang boleh menambahkan kejayaan dan kemakmuran negara serta mengadakan penyelidikan serta kajian mengenai masalah yang berkaitan dengannya untuk disembah maklumkan kepada sultan.

 

Allahyarham YAM Pengiran juga suka membuat kerja berkebajikan dan keagamaan serta berminat dalam bersukan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54