Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM Berkenan Menerima Mengadap
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Wang Yi. | FOTO: INFOFOTO
April 22nd, 2016 | 10:10 AM | 2336 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 21 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Wang Yi, yang sedang berada di negara ini dalam lawatan rasmi.
Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara ke dua-dua buah negara serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.
Menyertai bersama TYT pada Majlis Mengadap itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian.
Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negari dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.
Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Haniza Abdul Latif
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]