FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teruskan Perhatian Terhadap Al-Quran


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan mengurniakan titah dalam Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi. | FOTO: INFOFOTO (Masri Osman)

 


 April 22nd, 2016  |  10:12 AM  |   2262 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 21 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan supaya perhatian berat terhadap Al-Quran hendaklah diteruskan.

 

Bagi tujuan itu, baginda bertitah supaya adanya usaha-usaha yang berterusan untuk difikirkan, dirancang dan dilaksanakan bagi program-program yang bersesuaian.


Baginda berkenan mengurniakan titah demikian pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi (Malam Ketiga) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

 

"Pada hemat beta, adalah juga mustahak difikirkan tentang bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan mata pelajaran Al-Quran itu di sekolah-sekolah ugama. Kerana setahu umum, pencapaian bacaan Al-Quran di sekolah-sekolah ugama itu masih saja di tahap memerlukan pembaikan dan peningkatan," titah baginda.

 

Apa yang mustahak di peringkat kanak-kanak ini titah baginda ialah untuk menjadikan mereka itu 'betul-betul pandai' membaca Al-Quran kerana ianya lebih mustahak disempurnakan sebelum berbangkit tentang pemahaman ayat-ayatnya dan lain-lain.

 

Kebawah DYMM percaya, di samping pembaikan bacaan Al-Quran di peringkat rendah, elok juga diselajurkan untuk membuat kajian tentang kemampuan penuntut-penuntut sekolah menengah dalam bidang membaca Al-Quran.

 

Baginda seterusnya bertitah, walaupun mereka sudah belajar membaca Al-Quran melalui persekolahan ugama sehingga darjah enam, namun ada tanda-tanda yang mutu bacaan Al-Quran mereka itu juga belumlah sebaik yang diharapkan.

 

"Apabila mutu bacaan Al-Quran mereka itu belum sampai ke tahap seperti yang diharapkan, maka bererti kajian yang segera dan realistik perlulah dijalankan," tegas baginda.

 

Dengan yang demikian baginda bertitah mengingatkan bahawa keperluan untuk memperbaiki sistem pembelajaran Al-Quran, terutama bagi sekolah-sekolah ugama, sangatlah mendesak, kerana persekolahan ugama itu merupakan asas dan teras dalam sistem pendidikan negara pada keseluruhannya.

 

Oleh itu tambah titah baginda, asas ini perlulah kuat untuk memperkemas pendidikan bangsa.

 

Bertitah menyentuh mengenai Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan, Kebawah DYMM bertitah melahirkan harapan agar ianya akan menampilkan qari dan qariah yang terbaik di antara semua peserta kerana mereka akan berhadapan dengan keadaan yang lebih mencabar selepas ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54