FacebookInstagramTwitterContact

 

'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat ke Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima junjung ziarah sejurus keberangkatan tiba di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. | FOTO: INFOFOTO (Muhammad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said)

 


 April 22nd, 2016  |  10:18 AM  |   3166 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 21 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi.

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/ 2016M.

 

21042016 masri kdymm quran 5

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi.

 

Pada majlis itu, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan titah dan kemudian dijunjung menyempurnakan menganugerahkan hadiah-hadiah, cenderamata dan sijil kepada para peserta Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/ 2016M, para hakim musabaqah dan qari jemputan.

 

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

21042016 masri kdymm quran 6

BERANGKAT sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ketua Imam di Kementerian Awqaf Mesir, Syeikh Dr. Ustaz Abdel Fattah Ali Abdel Fattah Darwisy Al-Tharaty.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, dalam sembah alu-aluannya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/ 2016M menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah DYMM pada majlis tersebut dan seterusnya berkenan menyempurnakan pengurniaan titah dan penganugerahan hadiah-hadiah.

 

21042016 musabaqah2016 RIZAL 9849

PERSEMBAHAN bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ketua Imam di Kementerian Awqaf Mesir, Syeikh Dr. Ustaz Abdel Fattah Ali Abdel Fattah Darwisy Al-Tharaty.

 

Menurut Yang Berhormat, sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia adalah merangsang lagi usaha yang berterusan pada memaju dan meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di negara kita ini.

 

Yang Berhormat menyembahkan bahawa seramai 12 peserta telah bertanding selama dua malam yang lalu. Lapan orang daripadanya iaitu lima qari dan tiga orang qariah adalah mereka yang pernah mengikuti program Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) anjuran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama serta dua peserta adalah johan qari dan johan qariah sebagai peserta menunggu.

 

21042016 musabaqah2016 RIZAL 9868

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/2016M semasa menyembahkan sembah alu-aluan.

 

"Program STAR bertujuan untuk membimbing remaja-remaja yang telah lancar bacaan Al-Qurannya bagi mengikuti latihan membaca Al-Quran secara taranum teori dan amali. Program ini berkemungkinan untuk dikembang majukan pada masa hadapan sebagai peningkatan pembelajaran ilmu-ilmu Al-Quran," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya menambah bahawa seperti lazimnya, johan qari dan qariah peringkat kebangsaan ini akan mewakili negara ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Malaysia yang akan berlangsung dalam bulan hadapan iaitu pada 2 Mei hingga 7 Mei 2016, di Kuala Lumpur.

 

Menurut Yang Berhormat, untuk mewakili negara dengan cukup persiapan yang lazim, maka mereka akan seterusnya mengikuti Kursus Insentif yang telah mereka ikuti untuk penyertaan di Peringkat Akhir Kebangsaan.

 

21042016 masri kdymm quran 9

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan piala kemenangan kepada johan qari, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki (atas) dan kepada johan qariah, Dayang Siti Huzaimah Yadey binti Haji Rosli (bawah).

21042016 masri kdymm quran 10

 

Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/2016M diteruskan dengan pengumuman keputusan musabaqah dari Pengerusi Jemaah Hakim, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Md. Salleh.

 

Dengan mengutip markah 92.33 peratus, johan qari dimenangi oleh Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki.

 

Naib johan diberikan kepada Awang Mohammad bin Ali dengan meraih markah 90.83 peratus, manakala tempat ketiga disandang Awang Muhd. Zul-Hafiz bin Awang Tengah dengan markah 89.91 peratus.

 

21042016 rizal kdymm quran 1

JOHAN qari dan qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dalam majlis musabaqah tersebut.

 

Sementara johan qariah diraih oleh Dayang Siti Huzaimah Yadey binti Haji Rosli dengan mengutip markah 88.83 peratus.

 

Johan qari dan qariah membawa pulang piala pusingan, wang tunai BND7,000 dan hadiah iringan serta sijil. Manakala naib johan qari dan qariah masing-masing membawa pulang wang tunai BND5,000 dan hadiah iringan serta sijil, sementara tempat ketiga qari dan qariah pula membawa pulang wang tunai BND3,000 berserta hadiah iringan dan sijil.

 

21042016 musabaqah2016 AZMI-22

DOA selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Hadiah penghargaan qari dan qariah juga membawa pulang wang tunai BND1,500 berserta hadiah iringan dan sijil.

 

Di majlis itu, baginda berkenan menganugerahkan hadiah-hadiah dan sijil kepada johan qari dan qariah serta peserta lain, hakim-hakim pertandingan dan qari jemputan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/ 2016M.

 

21042016 musabaqah2016 RIZAL 9861

PARA jemputan yang hadir dalam Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi.

21042016 musabaqah2016 RIZAL 9833

 

Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran oleh johan qari dan qariah, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan Dayang Siti Huzaimah Yadey binti Haji Rosli.

 

Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17