Home > Bahasa Melayu
13 Peserta Mara Peringkat Separuh Akhir Musabaqah Menghafaz Al-Quran
SALAH seorang peserta yang memperdengarkan bacaan pada Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan bagi tahun 1438 Hijrah.
April 13th, 2017 | 08:53 AM | 699 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1438 Hijrah diteruskan lagi pada sebelah petang tadi pada hari kedua bagi Kategori D.
Seramai 13 peserta iaitu lima lelaki dan lapan perempuan menyertai dalam kategori itu yang mempertandingkan bagi menghafaz 15 Juz Al-Quran daripada Juz 1 hingga Juz 15 berserta pemahaman Juz 11.
Kategori ini dibukakan kepada peserta dari semua peringkat umur.
Sementara itu, pengumuman keputusan dan penyampaian sijil bagi Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Bagi Tahun 1438 Hijarah akan diumumkan pada hari Khamis, 13 April 2017.
Musabaqah ini telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula dari 11-13 April 2017 bertempat di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]