Home > Bahasa Melayu
12 Peserta Memperdengarkan Bacaan Al-Quran
SALAH seorang daripada peserta yang mengikuti Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1438 Hijrah.
April 13th, 2017 | 08:55 AM | 690 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1438 Hijrah diteruskan lagi bagi Kategori 'C'.
Seramai 12 peserta terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga perempuan telah memperdengarkan bacaan masing-masing.
Kategori ini terbuka kepada peserta dari semua peringkat umur yang mana para peserta menghafaz tiga Juz Al-Quran dari Juz 1 hingga Juz 3 berserta pemahaman Juz 1.
Pertandingan antara lain bertujuan untuk menggalakkan umat Islam di negara ini mencintai Al-Quran melalui hafazan terutama sekali golongan kanak-kanak, murid dan remaja.
Di samping itu, musabaqah juga membolehkan mereka membaca dan memahami Al-Quran dengan sempurna tanpa melihat kitab suci Al-Quran serta menjadikan budaya membaca Al-Quran sebagai satu kebiasaan dan amalan harian, sekali gus menambahkan lagi golongan penghafaz Al-Quran di negara ini.
Pengumuman keputusan dan penyampaian sijil bagi pertandingan tersebut akan berlangsung pada Khamis, 13 April 2017.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]