FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peniaga Jangan Mengambil Kesempatan Ke Atas Pengguna


PEGAWAI dan kakitangan JPKE Bahagian Hal Ehwal Pengguna semasa menjalankan pemeriksaan mengejut di salah sebuah premis perniagaan di kawasan Kiulap.

 


 April 13th, 2017  |  09:01 AM  |   1483 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Hal Ehwal Pengguna (BHEP) telah menjalankan pemeriksaan mengejut (spot check) di beberapa premis perniagaan di kawasan Kiulap pada hari Rabu, 12 April 2017.

 

Lawatan diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di Jabatan Perdana Menteri, Dayang Dr Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Ariffin.

 

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JPKE, Awang Haji Asrul Adrain bin POKSPDSS Dr Haji Ahmad; Pemangku Penolong Pengarah BHEP JPKE, Dayang Siti Maisarah binti Haji Majid dan seramai 17 orang pegawai dan kakitangan BHEP.

 

Objektif lawatan ialah bagi memastikan barangan yang dikawal harga di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 khususnya minyak masak dan susu tepung berformula tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh JPKE.

 

Manakala, gula dan beras tidak dijual melebihi harga subsidi yang ditetapkan.

 

Lawatan ini secara keseluruhan dihasratkan untuk memastikan para peniaga di negara ini mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142.

 

Peniaga yang tidak mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 akan dikenakan tindakan yang bersesuaian seperti dikeluarkan Notis Amaran; dikenakan kompaun tidak melebihi BND1,000; dikenakan denda sebanyak BND5,000 dan penjara 2 tahun;  dikenakan denda sebanyak BND20,000 dan penjara 5 tahun bagi kesalahan berulang.

 

Pihak JPKE turut memantau harga barangan yang terkandung di dalam perubahan kadar-kadar duti import kastam dan duti eksais, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan.

 

Dalam perkara yang sama, lawatan mengejut juga diteruskan ke premis-premis menjual perkakas dan peralatan elektrik untuk kegunaan rumah bagi memantau harga barangan berkenaan.

 

Dalam kesempatan ini, pihak JPKE mengingatkan para peniaga untuk tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya dan menyarankan untuk meletakkan harga yang berpatutan selaras dengan perubahan pembaharuan cukai, melalui persaingan yang adil dan sihat.

 

Pihak JPKE juga menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan konsep 'Pengguna Bijak' iaitu dengan membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian bagi mendapatkan harga yang berbaloi dan memuaskan.

 

Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai dinasihatkan untuk berhubung terus dengan JPKE melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak/SmartConsumer atau di talian telefon +673 2230223 (waktu pejabat); E-mel kepada [email protected] atau [email protected]; Facebook www.facebook.com/AduanPenggunaJPKE atau terus ke pejabat Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Bilik 3.06, Tingkat 3, West Wing, JPKE, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, BA1131, Negara Brunei Darussalam.

 

Bagi melancarkan proses penyiasatan, aduan dibuat hendaklah dengan memberikan dokumen dan maklumat sokongan seperti resit pembelian dan nama syarikat yang diadukan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19