FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pencapaian Peratus Pelajar Lulus STPUB Meningkat


HADIR selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (tiga dari kanan) di Majlis Penyampaian Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan BCGCE 'A' Level kali ke-23 sesi 2015PEMANGKU Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud ketika menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pelajar yang lulus dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama dan dalam Peperiksaan BCGCE 'A' Level. PEMANGKU Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud ketika menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pelajar yang lulus dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama dan dalam Peperiksaan BCGCE 'A' Level. PARA ibu bapa pelajar yang hadir di majlis tersebut. PARA ibu bapa pelajar yang hadir di majlis tersebut. Oleh : Aimi Sani / Foto : Azmah Haji Ahad

 


 April 14th, 2017  |  09:11 AM  |   1447 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Seramai 153 pelajar Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) telah diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan BCGCE 'A' Level Kali Ke-23 Sesi 2015 / 2016 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama (Arab) Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para pelajar ialah Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

 

Terdahulu, Pemangku Pengetua SMALHB, Hajah Azizah binti Haji Mohammad dalam ucapannya berkata bagi tahun 2016, pencapaian peratus pelajar lulus adalah meningkat dari tahun sebelumnya iaitu 96.84 peratus dari 93.51 peratus yang mana seramai 152 pelajar lulus dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama.

 

Menurut beliau, dari jumlah tersebut, 47 pelajar mendapat pangkat Mumtaz, 62 pelajar mendapat pangkat Jayyid Jiddan, 36 pelajar mendapat pangkat Jayyid dan lapan pelajar mendapat Maqbul.

 

Sementara itu tambahnya, 25 pelajar pula lulus dalam Peperiksaan BCGCE 'A' Level iaitu memegang satu sijil iaitu 'A' Level sahaja sementara seramai 20 pelajar dan lima pelajar lagi memegang dua sijil iaitu 'A' Level dan STPUB.

 

Menurut beliau  majlis yang diadakan pada setiap tahun ini adalah sebagai pengiktirafan bagi pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam akademik mereka di peringkat Pra Universiti selain sebagai penyuntik semangat ingin maju dan lebih berdaya saing.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah pelajar terbaik Peperiksaan STPUB, Peperiksaan BCGCE 'A' Level, Hadiah Pelajar Cemerlang dan Hadiah Anugerah Khas yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17