FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


24 Peserta Mara Ke Peringkat Akhir Musabaqah


TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid hadir selaku tetamu kehormat. TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta. TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta. PEMANGKU Pengarah Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya di majlis tersebut. SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai musabaqah menghafaz Al-Quran serta pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan 1438H. ​Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Masri Osman

 


 April 14th, 2017  |  09:23 AM  |   1550 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1438 Hijrah yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut berakhir hari ini setelah mendengarkan 59 orang peserta mempersembahkan bacaan masing-masing.

 

Daripada jumlah tersebut, hanya 24 peserta telah berjaya mara ke Peringkat Akhir Kebangsaan Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya bagi Tahun 1438H / 2017M mengikut kategori-kategori yang dipertandingkan.

 

Keputusan telah diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim Musabaqah berkenaan, Awang Mohd Sujairi bin Haji Dollah pada majlis yang berlangsung di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderamata ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid.

 

Terdahulu Pemangku Pengarah Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Musabaqah ketika  berucap pada majlis tersebut menjelaskan  bahawa pertandingan bertujuan untuk menyemai dan memupuk rasa cintakan Al-Quran di kalangan Muslimin terutama para belia, remaja dan juga kanak-kanak melalui amalan menghafaz Al-Quran dan memahami isi kandungannya.

 

Melalui pertandingan ini tambahnya, kita di Negara Brunei Darussalam telah berjaya melahirkan para huffaz yang berpotensi seterusnya mampu bersaing di persada antarabangsa.

 

Pertandingan Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Bagi  Peringkat Akhir Kebangsaan dijadualkan akan berlangsung pada 9 dan 10 Mei 2017 nanti.

 

 Menurut Awang Mohd Sujairi  mutu bacaan dan hafazan peserta adalah di tahap yang sangat baik dan meningkat berbanding musabaqah peringkat pemilihan awal.

 

Walau bagaimanapun ujarnya, jemaah hakim menyarankan dan menasihatkan para peserta untuk terus mempelajari dan menghalusi bacaan dan hafzan Al-Quran yang bertajwid agar sentiasa di tahap yang konsisten serta cemerlang.

 

Pada tahun ini, seramai 229 orang telah mendaftar untuk menyertai musabaqah dan dari jumlah tersebut seramai 59 orang bertanding dalam Peringkat Separuh Akhir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19