FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Orang Awam Lazim Langgar Akta Hutan


PEMANGKU Pengarah Perhutanan, Dayang Noralinda binti Haji Ibrahim hadir pada Taklimat Penggunaan Kayu bagi Pengusaha-pengusaha Pertanian dan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan di Dewan Setia Pahlawan, kementerian berkenaan. PEGAWAI Perhutanan dari Unit Industri Hiliran Perhutanan, Dayang Hajah Nur Salihah Amalina binti Haji Su’ut menyampaikan taklimat mengenai penggunaan jenis kayu. ANTARA yang hadir pada taklimat tersebut.ANTARA kayu-kayu yang dipamerkan.ANTARA kayu-kayu yang dipamerkan. Oleh : Khartini Hamir / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 April 14th, 2017  |  09:25 AM  |   1846 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Jabatan Perhutanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan mengadakan Taklimat Penggunaan Kayu bagi Pengusaha-pengusaha Pertanian dan Perikanan.

 

Majlis yang diadakan di Dewan Setia Pahlawan, kementerian berkenaan dihadiri oleh Pemangku Pengarah Perhutanan, Dayang Noralinda binti Haji Ibrahim.

 

Menerusi ucapan alu-aluan Pemangku Pengarah Perhutanan menjelaskan, taklimat itu merupakan salah satu aktiviti dalam program latihan, kesedaran dan perkongsian maklumat yang telah dirancang dan giat diungkayahkan oleh Jabatan Perhutanan.

 

Program sebegini terangnya, adalah satu usaha dan pendekatan jabatan berkenaan untuk mengongsikan maklumat dan penerangan khususnya berkaitan dengan sektor industri perhutanan kepada masyarakat umum tidak terkecuali kepada pengusaha-pengusaha sektor industri sumber-sumber utama di negara ini.

 

Selain itu, taklimat ini juga dihasratkan dan diharapkan akan dapat memberi kefahaman serta penerangan jelas dalam perkara-perkara yang berhubung kait dengan sektor perhutanan dan perkayuan negara.

 

Pada majlis itu juga turut diadakan pembentangan kertas kerja yang antaranya taklimat mengenai Jabatan Perhutanan yang disampaikan oleh Pegawai Perhutanan di Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Dayang Roslinah binti Haji Mohsin yang menjelaskan mengenai peranan dan tanggungjawab Jabatan Perhutanan untuk memelihara, memaju dan menguruskan sumber hutan serta matlamat-matlamat strategik bagi mencapai visi dan misi Jabatan Perhutanan dalam mencapai pertumbuhan keluaran industri perhutanan yang berdaya tahan melalui peningkatan produktiviti, berorientasikan ekspot dan berteraskan amalan pengurusan hutan lestari selaras dengan pelan strategik Jabatan Perhutanan 2016 - 2020.

 

Juga turut disampaikan ialah taklimat mengenai Akta Hutan Penggal 46 Undang-undang Brunei Darussalam yang disampaikan oleh Pegawai Perhutanan di Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Industri Hutan, Awang Reni bin Haji Yahya, yang menerangkan mengenai maklumat tentang peraturan-peraturan dan kawalan-kawalan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perhutanan yang berkaitan dengan pengambilan hasil hutan ketika ini seperti yang terkandung dalam Akta Hutan Penggal 46, Undang-Undang Negara Brunei Darussalam.

 

Antara yang disentuh ialah beberapa bahagian dalam Akta Hutan khususnya jenis-jenis kesalahan yang lazim dilakukan oleh orang awam berkaitan dengan kesalahan hutan, penalti atau tindakan undang-undang yang akan dikenakan bagi setiap kesalahan.

 

Seterusnya ialah taklimat mengenai jenis-jenis kayu dan kegunaannya yang disampaikan oleh Pegawai Perhutanan dari Unit Industri Hiliran Perhutanan, Dayang Hajah Nur Salihah Amalina binti Haji Su'ut, yang antara lain memfokuskan terhadap maklumat-maklumat berkaitan dengan penggunaan jenis-jenis kayu yang betul terhadap pelbagai kegunaan dalam aktiviti-aktiviti pertanian dan perikanan.

 

Antara maklumat yang dikongsikan ialah ciri-ciri kayu seperti kekuatan dan ketahanan mengikut jenis-jenis kayu yang terdapat di Negara Brunei Darussalam, di mana melalui penjelasan ini penggunaan sesuatu jenis atau spesis kayu akan lebih tepat dan sesuai dengan tujuan ia digunakan yang secara langsung akan memberikan kebaikan dalam penjimatan kos operasi bagi jangka panjang.

 

Lebih 150 orang menghadiri taklimat berkenaan yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha sektor sumber-sumber utama khususnya dari sektor pertanian dan perikanan, dan para pengusaha perkilangan papan serta pegawai-pegawai dari Jabatan Perhutanan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10