FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jabatan Buruh Mengadakan Operasi Rombak Di Mukim Seria


BAHAGIAN Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh ketika mengadakan Operasi Rombak 37/2017 kemarin di Kawasan Mukim Seria, Daerah Belait. BAHAGIAN Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh ketika mengadakan Operasi Rombak 37/2017 kemarin di Kawasan Mukim Seria, Daerah Belait. BAHAGIAN Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh ketika mengadakan Operasi Rombak 37/2017 kemarin di Kawasan Mukim Seria, Daerah Belait. BAHAGIAN Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh ketika mengadakan Operasi Rombak 37/2017 kemarin di Kawasan Mukim Seria, Daerah Belait. BAHAGIAN Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh ketika mengadakan Operasi Rombak 37/2017 kemarin di Kawasan Mukim Seria, Daerah Belait. Siaran Akhbar : Jabatan Buruh

 


 April 15th, 2017  |  09:59 AM  |   2115 views

SERIA

 

 

 

 Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh kelmarin telah mengadakan Operasi Rombak 37/2017 jam 9.30 pagi di Kawasan Mukim Seria, Daerah Belait di sini.

 

Seramai 11 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Ibu Pejabat Jabatan Buruh dan Pejabat Buruh Cawangan Daerah Belait yang menyertai Operasi telah membuat pemeriksaan ke atas dua buah premis yang menjalankan perusahaan telekomunikasi dan restoran.

 

Hasil dari pemeriksaan tersebut telah mencatatkan keterangan seramai 22 pekerja yang terdiri daripada 16 pekerja asing dan enam orang pekerja tempatan.

 

Di antara kesalahan yang didapati adalah penyalahgunaan jawatan dan penempatan pekerja asing yang tidak selaras dengan Lesen Pekerja Asing yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh.

 

Kesejahteraan pekerja juga diambil perhatian semasa pemeriksaan dijalankan, yang mana ada mendapati isu seperti cuti kelepasan awam tidak diberikan, kerja lebih masa tidak dibayar dan isu kelambatan pembayaran gaji yang melibatkan pekerja tempatan.

 

Bagi kesalahan penempatan dan jawatan pekerja asing berkenaan akan diambil tindakan pembatalan / pengurangan kuota oleh Jabatan Buruh ke atas Kebenaran Lesen Pekerja Asing majikan dan pekerja asing berkenaan akan dibatalkan sokongan pas kerja dan dipulangkan ke negara asal.

 

Manakala bagi isu kesejahteraan pekerja Jabatan Buruh tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengenainya.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh memberikan peringatan kepada orang ramai dan majikan supaya tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing yang diberikan, yang mana kesalahan mengambil dan menggaji pekerja asing tanpa kebenaran Pesuruhjaya Buruh, boleh diambil tindakan di bawah Bab 112 (1) Perintah Pekerjaan, 2009, jika sabit kesalahan boleh diambil tindakan Undang-Undang kesalahan di bawah Bab 112 (3) Perintah yang sama iaitu didenda tidak kurang BND6,000.00 dan tidak lebih BND10,000.00 atau penjara tidak kurang dari 6 bulan dan tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Buruh di talian +673 2381848 jika mempunyai sebarang maklumat mengenai penyalahgunaan Lesen Mengambil dan Menggaji Pekerja Asing.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19