FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Projek Tahsin Bantu Pelajar Lemah Mata Pelajaran Ugama


SESI taklimat Projek Tahsin PIP YSHHB diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah YSHHB, dengan penerangan tatacara projek berkenaan oleh Guru Besar Sekolah Ugama YSHHB, Awang Azmerul bin Haji Haris.SESI taklimat Projek Tahsin PIP YSHHB diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah YSHHB, dengan penerangan tatacara projek berkenaan oleh Guru Besar Sekolah Ugama YSHHB, Awang Azmerul bin Haji Haris.SESI taklimat Projek Tahsin PIP YSHHB diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah YSHHB.SESI taklimat Projek Tahsin PIP YSHHB diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah YSHHB.SESI taklimat Projek Tahsin PIP YSHHB diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah YSHHB, dengan penerangan tatacara projek berkenaan oleh Guru Besar Sekolah Ugama YSHHB, Awang Azmerul bin Haji Haris. Oleh : Aimi Sani / Foto : Mohd. Asri Haji Awang Abas

 


 April 15th, 2017  |  10:02 AM  |   1525 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama pada tahun ini akan mula melaratkan Projek Tahsin di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) ke seluruh negara bermula Ahad, 16 April 2017 bertempat di pusat-pusat tuisyen PIP di keempat-empat daerah.

 

Program itu menggunakan khidmat tenaga pengajar daripada kalangan sukarelawan profesional dalam bidang keugamaan sepertimana juga Projek Kelas Tuisyen PIP yang diusahakan oleh YSHHB pada masa ini.

 

Sehubungan itu, sebagai pengenalan satu sesi taklimat Projek Tahsin PIP YSHHB telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Sekolah YSHHB, di sini dengan penerangan tatacara projek berkenaan yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama YSHHB, Awang Azmerul bin Haji Haris.

 

Menurut Awang Azmerul, program ini antara lain bertujuan membantu dan membimbing anak-anak dari keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan khususnya pelajar yang dikategorikan mempunyai pencapaian pendidikan yang rendah selain untuk memastikan mereka dapat meneruskan pengajian dengan sempurna hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Menurutnya, pentingnya pendidikan dalam membentuk masa depan masyarakat yang berpendidikan, berilmu, berdaya saing dan bermotivasi.

 

YSHHB telah melaksanakan Projek Tahsin bermula pada tahun 2014 dengan tujuan agar dapat menjadikan rakyat Negara Brunei Darussalam celik Al-Quran selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara zikir di samping membentuk masyarakat yang berpendidikan dan berilmu yang berlatarbelakangkan ugama selain mempunyai daya saing dan bermotivasi.

 

Secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyat dengan menjadikan ilmu yang diperolehi sebagai kelebihan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

 

Melihat betapa pentingnya dan perlunya setiap individu Muslim di negara ini untuk celik Al-Quran, maka mata pelajaran yang difokuskan dalam Projek Tahsin di bawah Program Intervensi Pendidikan Ugama ialah Al-Quran di samping amali ibadat.

 

Golongan sasar bagi projek tersebut adalah terdiri daripada anak-anak daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak yang mempunyai pencapaian lemah serta memerlukan bimbingan khususnya dalam mata pelajaran ugama.

 

Para pelajar adalah terdiri dari darjah 5 dan 6 yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU).

 

Bagi Daerah Brunei dan Muara, sebanyak tujuh buah sekolah dan 18 orang pelajar mengikuti Projek Tahsin PIP dan berpusat di Sekolah YSHHB.

 

Manakala bagi Daerah Belait, sebanyak lima buah sekolah dan 17 orang pelajar mengikutinya dan Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar menjadi pusatnya.

 

Sementara Daerah Tutong pula, pusat projek bertempat di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Sufri Bolkiah dan Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dengan 13 buah sekolah yang mengikutinya serta 23 orang murid.

 

Manakala bagi Daerah Temburong pula ialah sebanyak tujuh buah sekolah dan 17 orang murid dengan berpusatkan di Sekolah Rendah Rataie.

 

Taklimat turut diserikan dengan ceramah motivasi daripada Penolong Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Musthapa bin Haji Matahir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17