FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sukan Tahunan Dan Ria Memupuk Semangat Kerjasama


PEMANGKU Ra'es KUPU SB, Ustaz Dr. Haji Adanan bin Haji Basar semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. ANTARA acara Olahraga Tarik Kalat pada Majlis Kemuncak Sukan Ria tersebut. ANTARA acara Olahraga larian 100m lelaki pada Majlis Kemuncak Sukan Ria tersebut. PEMANGKU Ra'es KUPU SB, Ustaz Dr. Haji Adanan bin Haji Basar semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. ANTARA acara Olahraga Tarik Kalat pada Majlis Kemuncak Sukan Ria tersebut. Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

 


 April 16th, 2017  |  10:11 AM  |   1107 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Bagi memupuk semangat berpasukan antara warga Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Persatuan Pelajar Majlis Perwakilan Pelajar, kolej berkenaan  mengadakan Majlis Kemuncak Sukan Tahunan Kali Ke-10 dan Sukan Ria 2017.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara yang berlangsung di Padang Belapan KUPU SB di sini ialah Pemangku Ra'es KUPU SB, Ustaz Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

 

Acara dimulakan dengan perarakan lalu rumah-rumah iaitu Rumah Hijau, Biru,  Merah dan Kuning diikuti dengan bacaan Asma'ul Husna dan Surah Al-Fatihah yang dibimbing oleh Ketua Exco Keugamaan dan Takmir Surau, Awang Mohammad Waiz bin Tajuddin.

 

Sukan Ria tahun ini mempertandingkan 13 acara sukan dengan melibatkan lebih 100 mahasiswa dan mahasiswi kolej tersebut.

 

Sukan Tahunan KUPU SB ini merupakan aktiviti sukan terancang yang dikendalikan oleh Exco Sukan dan Rekreasi, Persatuan Pelajar KUPU SB sebagai platform untuk mengembangmajukan aktiviti-aktiviti kesukanan bagi mahasiswa dan mahasiswi khususnya dan warga KUPU SB amnya.

 

Selain itu, aktiviti ini diharap dapat melibatkan semua tenaga akademik, kakitangan, mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB yang juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti sukan ria bagi semua warga KUPU SB di samping pertandingan aktiviti-aktiviti sukan yang lain.

 

Sukan Tahunan dan Sukan Ria ini diharap dapat memupuk semangat kerjasama dan berganding bahu antara kumpulan atau rumah-rumah sukan yang ditetapkan serta merapatkan lagi ikatan ukhuwah antara kumpulan atau rumah-rumah sukan masing-masing.

 

Antara objektif aktiviti tersebut ialah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama Islam serta 'Ukhuwah Fillah' dan menjadikan semangat bersaing secara sihat dan profesional antara mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB selain mengenal pasti pemain-pemain yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili KUPU SB ke pertandingan antara universiti-universiti setempat atau luar negara.A

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10