FacebookInstagramTwitterContact

 

Results of Closed Tender for Vehicle Registration Number           >>           Earn Income through Content Creation           >>           Hari Raya Must-Haves and Favourite Food           >>           Decorative Lights add Cheer to Hari Raya Celebration           >>           Disposal Service for Books & Papers containing Quranic Verse           >>           Business resume operations           >>           Back to Work after Hari Raya Holiday           >>           Handover of Brunei Green Economy Framework Report           >>           Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Negara Meraih Keberkatan Dengan Mempunyai Pemimpin Adil


ANTARA yang hadir bersama jemaah masjid, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud. PEMANGKU Penolong Pengarah, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Abd Aziz bin Haji Kahar semasa menyampaikan tazkirah bertajuk "Baldatun Taibatun Wa Rabbun Ghafur" iaitu "Negara Yang Baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun". ANTARA yang hadir bersama jemaah masjid, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud. PEMANGKU Penolong Pengarah, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Abd Aziz bin Haji Kahar semasa menyampaikan tazkirah bertajuk "Baldatun Taibatun Wa Rabbun Ghafur" iaitu "Negara Yang Baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun". ANTARA yang hadir bersama jemaah masjid, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud. Berita dan Foto : Haji Ariffin bin Mohd. Noor / Morshidi

 


 April 17th, 2017  |  08:54 AM  |   654 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar 'Ali Saifuddien diteruskan lagi dengan sesi tazkirah selepas menunaikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

 

Perhimpunan mingguan tersebut adalah bagi sama-sama memakmurkan masjid dan seterusnya secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di awal waktu di rumah Allah.

 

Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' turut sama memberikan peluang kepada para pengunjung Bandarku Ceria menunaikan tuntutan sembahyang fardu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan.

 

Program juga turut diisikan dengan tazkirah bertajuk 'Baldatun Taibatun Wa Rabbun Ghafur' (Negara Yang Baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun) yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Abdul Aziz bin Haji Kahar.

 

Menurut Ustaz Haji Abdul Aziz, antara kriteria negara yang baik dan meraih keberkatan Allah menurut Al-Quran ialah negara yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang adil lagi mengambil berat akan kebajikan masyarakat menurut kehendak Allah Subhanahu Wata'ala. Manakala penduduk-penduduknya pula terdiri dari mereka yang menguasai ilmu pengetahuan serta beriman dan bertakwa dengan mentaati segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala di samping mensyukuri segala nikmat dan sentiasa mentauhidkan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan datin. Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Tajaah.

 

Turut sama menyerikan program ini ialah Jabatan Hal Ehwal Syariah, Bahagian Pendakwaan Syar'ie dan Bahagian Penguatkuasaan Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Kehadiran jemaah memakmurkan rumah Allah diharap akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan dapat menimbulkan rasa persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan amal ibadat bersama-sama. Makmurnya masjid-masjid di negara ini, adalah antara landasan kita bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala bagi diri kita, keluarga dan juga negara.

                Close

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50