FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tutongku Ceria Dapat Sambutan


MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yus JALANRAYA ditutup bagi memberi laluan kepada program Tutongku Ceria dan membolehkan ahli-ahli keluarga beriadah bersama di sepanjang jalan Pekan Tutong. PENGUSAHA kecil-kecilan tidak melepaskan peluang menjalankan perniagaan di petak-petak jualan yang disediakan.GERAI-gerai jualan makanan dan minuman turut disertai oleh Galeri Satu Kampung Satu Produk (1K1P) yang menjual barangan 1K1P. PROGRAM Tutongku Ceria menjadi platform bagi pelukis dan artis belia tempatan untuk menunjukkan kebolehan mereka di khalayak ramai. Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 April 17th, 2017  |  08:59 AM  |   685 views

TUTONG

 

 Suasana Pekan Tutong penuh meriah apabila dikunjungi oleh pelbagai masyarakat dan penduduk di daerah ini termasuk para pengunjung dari daerah lain untuk sama-sama mengikuti pelbagai kegiatan yang dianjurkan bagi menyokong Tutongku Ceria.

 

Program Tutongku Ceria dikendalikan bersama oleh Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Bandaran Tutong dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan Kerajaan, Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) Daerah Tutong serta pihak swasta.

 

Tutongku Ceria diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah Acara Riadah Berbasikal mengelilingi Pekan Tutong sejauh 16 kilometer bermula di hadapan Jeti Sungai Tutong melintasi Jalan Enche Awang; Kampung Panchor Dulit; Kampung Panchor Papan; Lebuhraya Muara-Tutong; Bukit Bendera; Lebuhraya Tutong-Telisai dan Jalan Serambangun sambil melintasi bangunan-bangunan kerajaan dan mercu tanda di sekitar Pekan Tutong.

 

Hadir sama bagi menyertai acara riadah berbasikal ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Juga menyertai, Ahli Majlis Mesyuarat Negara di daerah ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dan penduduk di daerah ini.

 

Beberapa aktiviti sampingan juga turut diadakan seperti aktiviti yang dikendalikan di bawah Zon Aktif Daerah Tutong iaitu Senamrobik, Sukan Keluarga dan sebagainya.

 

Selain itu pelbagai jualan produk makanan dan minuman serta kraf tangan menambahkan keceriaan pagi daerah ini dengan penyertaan Satu Kampung Satu Produk (1K1P), Galeri 1K1P daerah ini, Jabatan Penjara dan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang melibatkan para belia dan beliawanis daerah ini.

 

Program berkenaan merupakan kesinambungan daripada inisiatif Hari Tanpa Kereta dan Program Bandarku Ceria yang diadakan di Bandar Seri Begawan pada setiap hari Ahad bermula jam 6.00 hingga 10.00 pagi.

 

Program tersebut juga adalah salah satu inisiatif pihak kerajaan bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan serta membuka peluang para peniaga PKS selain mengurangkan 'carbon footprint' serta menggalakkan cara hidup sihat.

 

Penduduk dari Kampung Panchor Papan, Awang Umar Jamalullail, 18, semasa ditemui berkata Program Tutongku Ceria yang diadakan ini sungguh meriah sekali dan beliau merasa amat gembira ianya diadakan pada hari ini demi meningkatkan kesejahteraan dan mengukuhkan ikatan silaturahim serta memberikan semangat kepada penduduk di Daerah Tutong untuk merasai program berkenaan yang buat julung kalinya diadakan

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30