FacebookInstagramTwitterContact

 

Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawatan Ke Ladang Perusahaan Suntik Semangat Ibu-Ibu Tunggal


LAWATAN Program Meningkatkan Keupayaan Ibu Tunggal Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dimulakan dengan menerima taklimat dan penerangan daripada pemilik Syarikat Haji Zainal bin Haji Safar.PEMILIK Syarikat Haji Zainal bin Haji Safar mengalu-alukan lawatan peserta daripada Program Meningkatkan Keupayaan Ibu Tunggal YSHHB ke ladang beliau yang terletak di Kampung Masin.PESERTA Program Meningkatkan Keupayaan Ibu Tunggal Yayasan SHHB semasa membuat lawatan ke ladang Syarikat Haji Zainal bin Haji Safar.DAYANG Rostinah binti Haji Adam semasa ditemubual.DAYANG Murah binti Dullah semasa ditemubual oleh Pelita Brunei. Oleh : Aimi Sani / Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 April 18th, 2017  |  09:34 AM  |   775 views

MASIN

 

Ke arah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ibu tunggal ke arah tahap kehidupan yang lebih selesa, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) dengan kerjasama Konsultan Afdal Trading pagi tadi membuat lawatan ke ladang milik Haji Zainal bin Haji Safar di Kampung Masin, di sini.

 

Program lawatan itu juga merupakan kesinambungan kepada Kursus Keusahawanan yang telah dikendalikan selama tiga hari iaitu dari 10 hingga 12 April lalu.

 

Terdahulu, Haji Zainal bin Haji Safar dalam penerangan ringkasnya mengongsikan mengenai ladang yang dimilikinya dan diusahakan sejak tahun 1995 dan seterusnya membawa seramai 27 peserta melawat ladang perusahaan beliau untuk melihat sendiri perkembangan keusahawanan.

 

Seramai 16 mentor yang terdiri daripada bekas pegawai kanan kerajaan yang telah bersara dan pengusaha wanita sukarelawan akan membantu pihak YSHHB dalam menyelia dan memantau serta membimbing para peserta kursus sepanjang program itu berlangsung.

 

Sementara itu, Dayang Rostinah binti Haji Adam ketika ditemui berkata, kursus dan lawatan tersebut banyak membantu beliau untuk berfikiran lebih positif di samping dapat lagi menyuntik semangat beliau untuk terus berusaha ke arah yang lebih baik.

 

Perkara yang sama turut dipersetujui oleh Dayang Murah binti Dullah.

 

“Saya pada ketika ini juga turut menjual ikan liking, lukan dan macam-macam lagi atas tempahan orang ramai untuk menampung kehidupan saya dan keluarga seharian. Saya berharap akan dapat mengembangkan lagi perusahaan saya ini ke tahap yang lebih jauh suatu hari nanti,” jelasnya.

 

Selain membantu ibu tunggal yang mempunyai kemahiran dan pengalaman mendapat bantuan kewangan untuk membina atau mengembangkan perniagaan, program ini juga antara lain bertujuan meningkatkan penyertaan ibu tunggal yang tidak bekerja, samaada dalam pekerjaan fleksibel atau sara diri di samping membantu mereka untuk memasarkan produk serta perkhidmatan.

 

Lawatan juga dihasratkan dapat memberi pendedahan kepada peserta program mengenai sektor-sektor  perusahaan yang sedia ada di Negara Brunei Darussalam di samping memperkenalkan mereka kepada sektor perniagaan dan perusahaan selain membuka mata dan minda mereka agar tidak berputus asa untuk terus berusaha.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54