FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Smart Nation TelBru' Menerima Sambutan


MINAT anak-anak muda dalam pembangunan industri ICT Brunei melalui inisiatif 'Smart Nation' TelBru begitu mengalakkan.MINAT anak-anak muda dalam pembangunan industri ICT Brunei melalui inisiatif 'Smart Nation' TelBru begitu mengalakkan.MINAT anak-anak muda dalam pembangunan industri ICT Brunei melalui inisiatif 'Smart Nation' TelBru begitu mengalakkan.MINAT anak-anak muda dalam pembangunan industri ICT Brunei melalui inisiatif 'Smart Nation' TelBru begitu mengalakkan.MINAT anak-anak muda dalam pembangunan industri ICT Brunei melalui inisiatif 'Smart Nation' TelBru begitu mengalakkan. Terjemahan : Haji Mirazman Haji Othman / Siaran Akhbar dan Foto : Telekom Brunei Berhad

 


 April 22nd, 2017  |  09:36 AM  |   772 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Minat anak-anak muda dalam pembangunan industri ICT Brunei melalui inisiatif 'Smart Nation' Telekom Brunei Berhad (TelBru) mendapat momentum dengan jumlah pendaftaran 'boot camp' melebihi 100 pelajar dari lima buah sekolah yang telah mengendalikan Jerayawara Smart Nation TelBru sejak awal tahun ini di Kuala Belait dan Brunei-Muara.

 

Dengan jarak usia yang berbeza dari 15 tahun sehingga ke usia awal 20an, Smart Nation boot camp mendedahkan para peserta kepada kedinamikan dan kemungkinan inisiatif ICT TelBru yang bermanfaat kepada perkongsian strategik syarikat dengan pakar-pakar antarabangsa, Kony dan LoRa Alliance yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan aplikasi mudah alih dan jarak jauh, platform tanpa wayar berkuasa rendah.

 

Bilangan pendaftaran setakat ini dijangka akan meningkat pada tahun ini yang memberikan gambaran jelas terhadap bakat muda Brunei, seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pegawai Pemasaran, Lim Ming Soon, yang menyatakan bahawa minat yang ada di dalam masyarakat muda adalah permulaan yang cerah dalam pembangunan forum teknologi Brunei iaitu satu bidang yang terus memberikan banyak kemungkinan dalam menangani cabaran-cabaran global yang memerlukan tindakan.

 

''Kami mengadakan misi ini untuk mendidik penggerak masa depan ICT di negara ini semata-mata kerana peranan penting yang mereka mainkan dalam membentuk Wawasan Brunei 2035. Harapan kami adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan anak-anak kita bahawa idea-idea mereka boleh dipakai ke dalam penyelesaian duniawi yang berpotensi untuk menyeberangi sempadan dan tidak terhad hanya dengan imaginasi mereka,'' ujarnya.

 

Kemunculan perkhidmatan teknologi baru yang TelBru sedang berikan kepada orang ramai terus memberi kesan di negara-negara yang telah menerima pakai teknologi berkenaan seperti Eropah, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun dan Republik Singapura yang sudah menguji konsep dan teori yang menjadi tulang belakang ICT dan di waktu yang sama melibatkan minda anak muda untuk turut serta melabur di masa depan.

 

Memainkan peranannya dalam merealisasikan potensi ICT Brunei secara penuh, TelBru akan meneruskan program jangkauannya dan berkembang seperti yang direncanakan oleh industri berkenaan. Mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada revolusi perindustrian ini adalah digalakkan untuk menghubungi ibu pejabat syarikat atau melalui mana-mana platform media sosial.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54