FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kembangkan Tulisan Jawi Kepada Generasi Muda


TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awg Roslan bin Haji Tajaah semasa hadir pada Majlis Penyampaian Hadiah-Hadiah Program Semarak Jawi dan Sijil-Sijil Penghargaan Hari Kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussala TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan Bin Haji Taja'ah menyampaikan Sijil Penghargaan Perbarisan kepada salah seorang peserta perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun. TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Peraduan Program Semarak Jawi sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun anjuran Masjid Al-Muhtadee TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Peraduan Program Semarak Jawi sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun anjuran Masjid Al-Muhtadee B TETAMU Kehormat berkesempatan menyaksikan pameran gambar-gambar aktiviti Masjid Al-Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun. Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Hamzah Mohiddin

 


 April 22nd, 2017  |  09:55 AM  |   1452 views

SUNGAI KEBUN

 

Program Semarak Jawi 2017 dihasrat akan dapat memperkembangkan lagi tulisan Jawi terutama kepada generasi kini dan akan datang serta memberi pengetahuan tentang kaedah-kaedah tulisan jawi.

 

Sehubungan itu Majlis Penyampaian Hadiah-Hadiah Program Semarak Jawi dan Sijil-Sijil Penghargaan Hari Kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun berlangsung di Masjid Al-Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Roslan bin Haji Taja'ah.

 

Antara pengisian program berkenaan termasuklah Bengkel Tulisan Jawi yang bermula dari 1 hingga 4 April 2017 manakala, Peraduan Tulisan Jawi dan Pertandingan Membaca Teks Jawi telah diadakan pada 14 April 2017.

 

Terdahulu, Pegawai Hal Ehwal Masjid / Ketua Imam, Masjid Al-Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun, Pengiran Mohd. Amiruddin bin Pengiran Haji Tejuddin dalam ucapannya menyatakan tahun ini pegawai-pegawai hal ehwal masjid beserta ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid dapat mengungkayahkan empat aktiviti bagi sama-sama meningkatkan kemakmuran masjid.

 

Pelbagai aktiviti diadakan dalam bulan April ini, antaranya Majlis Pelancaran Semarak Jawi 2017, Majlis Pelancaran Projek Amal Jemaah Masjid 2017, Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Pasukan Veteran Masjid Al-Muhtadee Billah dengan Pasukan Belia-Belia Keluarga Haji Nasar Kampung Burong Pinggai Ayer dan Penyampaian Hadiah Program dan Sijil Penghargaan Perbarisan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun ini.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17