FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


62 Rekrut Tambahan APO tamat latihan


PEMANGKU Pengarah Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Amat Mulia S/Supt Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris hadir selaku tetamu kehormat pada Upacara Perbarisan Tama YANG Amat Mulia S/Supt Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris semasa memeriksa perbarisan. PEMANGKU Pengarah Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Amat Mulia S/Supt Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris menyempurnakan penyampaian sijil kepujian Pelatih Terbaik PEMANGKU Pengarah Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Amat Mulia S/Supt Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris menyempurnakan penyampaian sijil kepujian Terbaik Dalam PEMANGKU Pengarah Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Amat Mulia S/Supt Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris menyempurnakan penyampaian sijil kepujian Terbaik Dalam K Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Azmah Haji Ahad

 


 April 24th, 2017  |  00:42 AM  |   4560 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 62 orang Rekrut Tambahan APO Lelaki diraikan dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan Rekrut bagi APO Lelaki Skuad 2/2016 setelah berjaya menjalani latihan yang berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan Polis, Gadong, hari ini.

 

Upacara tamat latihan ini merupakan satu detik penuh bermakna bagi mereka kerana berkat sabar dan tabah dalam menempuh segala dugaan dalam latihan itu, mereka telah berjaya menjadi seorang anggota polis yang terlatih.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di upacara berkenaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Amat Mulia S/Supt Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris.

 

YAM S/Supt Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah semasa berucap di upacara tersebut menyatakan bahawa, suasana jenayah dan iklim keselamatan di peringkat serantau dan antarabangsa sentiasa berubah dan Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali.

 

Pasukan Polis Diraja Brunei jelasnya menghadapi cabaran baru yang sentiasa menghulurkan dan menguji had keupayaan dan pengetahuan kita.

 

Menurut YAM, penjenayah sentiasa mempelajari ilmu dan kaedah baru untuk melaksanakan aktiviti dan mengelak daripada pihak penguatkuasaan dan kehakiman. Oleh itu, pasukan polis tidak boleh kekal statik.

 

''Segala dasar, prosedur dan protokol pasukan perlu sentiasa disesuaikan dan warga pasukan mesti menyediakan diri dengan pengetahuan perundangan dan keberanian untuk menangani setiap cabaran yang dihadapi di lapangan bagi memastikan pasukan kekal relevan dan dipadukan oleh negara,'' jelasnya.

 

Dalam zaman teknologi dan globalisasi ini,jelas YAM, konsep 'Pengkhususan' dalam kerjaya atau 'career specialization' kini lebih tidak relevan berbanding sebelum ini khususnya dalam profesion kepolisian.

 

Katanya, perkataan Polis di mata masyarakat tidak membezakan antara jabatan atau formasi yang ada dalam pasukan seperti penyiasatan, perisikan, kawalan keselamatan dan sebagainya.

 

Oleh itu, pada masa ini, warga polis mesti melaksanakan pelbagai peranan atau 'multi-roles' tanpa mengira jabatan atau formasi tempat berkhidmat dan dalam masa yang sama yang masih diperlukan memberi perkhidmatan kepolisian di tahap tinggi.

 

''Satu elemen penting dalam sistem keadilan jenayah yang sihat dan mantap dalam sesebuah negara adalah kehadiran mekanisme penguatkuasaan undang-undang yang berkesan dan 'natural'. Ini hanya boleh dicapai dengan keberadaan satu pasukan polis yang cekap dan boleh dipercayai,'' ujar YAM.

 

Di majlis berkenaan, Yang Amat Mulia S/Supt Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah juga memeriksa perbarisan dan menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepujian kepada rekrut-rekrut terbaik.

 

YAM menyampaikan Sijil Terbaik Dalam Semua Jurusan kepada Rekrut APO 7064 Muhammad bin Mardalilani, Terbaik Dalam Undang-Undang dan Pekerjaan Polis kepada Rekrut APO 7081 Awang Hairie bin Anak Tuah dan Terbaik Dalam Kawad dan Latihan Luar kepada Rekrut APO 7095 Awang Nazmi bin Jailani.

 

Di majlis itu, YAM turut diperkenalkan kepada rekrut-rekrut yang berjaya menamatkan latihan serta bergambar ramai dengan rekrut-rekrut berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10