FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Berangkat Menghadiri Majlis Santapan Diraja


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15, Sultan Muhammad V (Ke-5) semasa berangkat sempena Majlis Santapan Dira

 


 April 25th, 2017  |  09:57 AM  |   2892 views

KUALA LUMPUR

 

 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malam tadi berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja bagi meraikan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15, Sultan Muhammad V (Ke-5).

 

Majlis berlangsung di Dewan Santapan Istana Negara, Kuala Lumpur.

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Anjung Utama, Istana Negara dijunjung oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Salleh Said Keruak, selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas dan isteri serta Ahli-ahli Jawatankuasa yang lain sebelum dijunjung berangkat ke Dewan Seri Maharaja.

 

Dari Dewan Seri Maharaja, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung berangkat ke Dewan Seri Negara bersama Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Raja-Raja Permaisuri; serta Tuan-Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri; Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia; Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan isteri bagi sesi bergambar ramai sebelum beredar ke Dewan Santapan.

 

Sebelum Majlis Santapan Diraja bermula, doa dibacakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri.

 

Selesai Majlis Santapan Diraja, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung berangkat beredar ke Anjung Utama bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta tetamu-tetamu khas diraja yang lain sebelum berangkat meninggalkan majlis.

 

Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan, dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15 bagi menggantikan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 pada bulan Disember tahun lalu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47