FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Israk Mikraj Mukjizat Kurniaan Allah


 


 April 27th, 2017  |  10:02 AM  |   1333 views

BERAKAS

 

 

 Dalam menyemarakkan suasana Sambutan Israk dan Mikraj tahun ini, Kementerian Kewangan dan Jabatan-jabatan di dalamnya mengadakan Majlis Ceramah Khas Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1438 Hijrah bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, di sini.

 

Hadir pada majis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Dasar), Kementerian Kewangan, Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman selaku wakil tetamu kehormat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua (II), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-jabatan di dalamnya.

 

Ceramah khas bertajuk ‘Israk dan Mikraj : Bukan Sekadar Peristiwa’ yang berkaitan dengan pengajaran-pengajaran yang diperolehi oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam di dalam peristiwa Israk Mikraj telah disampaikan oleh Da’ie bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Hilman bin Haji Salim.

 

Menurutnya, peristiwa Israk dan Mikraj ini bukan sahaja satu cerita ataupun sejarah yang hanya dibaca dan didengar, malah ia adalah untuk kita ambil iktibar dan teladan daripadanya agar jiwa umat Islam semakin mantap dan akan dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

 

Mukjizat Israk dan Mikraj serta peristiwa-peristiwa kebesaran Islam yang disambut pada setiap tahun adalah sebagai meningkatkan kecintaan kita terhadap Rasulullah Sallalllahu Alaihi Wassalam.

 

Peristiwa itu juga jelasnya, merupakan satu peristiwa yang agung serta perjalanan Israk Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa serta peristiwa Mikraj Baginda ke langit juga telah dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala, yang mana kedua-dua peristiwa itu berlaku dalam masa yang singkat.

 

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang mana ia adalah untuk menghiburkan hati junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana berlakunya pada tahun kesedihan baginda.

 

Majlis Ceramah khas Sambutan Israk Mikraj pada tahun ini dikelolakan oleh Tabung Amanah Pekerja (TAP).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16