FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ambassador-at-Large di Singapura bagi Lawatan Dua Hari


YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berada di Republik Singapura bagi memulakan lawatan selama dua hari atas jemputan Menteri Negara Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pengangkutan, Puan Yang Terutama Josephine Teo. | FOTO: IHSAN MOFAT

 


 April 23rd, 2016  |  09:34 AM  |   2240 views

REPUBLIK SINGAPURA

 

Jumaat, 22 April. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, malam kelmarin berangkat tiba di Republik Singapura bagi memulakan lawatan selama dua hari atas jemputan Menteri Negara Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pengangkutan, Puan Yang Terutama Josephine Teo.

 

Semasa keberangkatan tiba di lapangan terbang, Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Timbalan Pengarah Agung, Jabatanarah Asia Tenggara I, Kementerian Luar Negeri, Adrian Tan dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Haji Awang Saifulbahri bin Haji Mansor.

 

Program pada hari pertama bermula dengan lawatan ke Kementerian Perdagangan dan Industri di mana satu taklimat mengenai bagaimana Singapura menangani tekanan untuk menjadi kuasa ekonomi serantau telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Asia Tenggara dan Oceania, Rossman Ithnain.

 

Dalam pada itu, pada sebelah tengah hari pula, Menteri Negara Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pengangkutan, Puan Yang Terutama Josephine Teo meraikan YTM dengan Santap Tengah Hari di Restoran Bumbu yang terletak di Jalan Kandahar.

 

22042016 PAP MASNA SPORE 02

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ketika berkenan menghadiri Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Menteri Negara Kanan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Maliki dan turut hadir, Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Pendidikan dan Perdagangan dan Industri, Puan Low Yen Ling.

 

Program lawatan diteruskan dengan keberangkatan ke Galeri Kebangsaan Singapura di mana YTM berpeluang untuk menyaksikan Pameran 'Between Declarations and Dreams : Art of Southeast Asia since the 19th Century'.

 

Semasa di galeri, YTM telah dialu-alukan dan diberikan Jamuan Minum Petang oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Puan Yang Terutama Grace Fu.

 

Pada sebelah malam pula, YTM telah berangkat menghadiri Majlis Santap Malam di Corner House, Singapore Botanic Gardens yang telah pun dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Kebangsaan, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan Puan Teo Poh Yim.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Negara Kanan di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat, Belia dan Kementerian Kewangan, Puan Yang Terutama Sim Ann dan Ahli Parlimen daripada People's Action Party, Rahayu Mahzam.

 

Sementara itu, YTM memulakan atur cara hari kedua lawatan ke Republik Singapura dengan lawatan ke Kementerian Luar Negeri. YTM telah dialu-alukan oleh Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Luar), Tuan Yang Terutama Chee Wee Kiong dan disembahkan taklimat mengenai dasar luar negeri Singapura.

 

22042016 PAP MASNA SPORE 03

YTM ketika berangkat ke Galeri Kebangsaan Singapura di mana YTM telah dialu-alukan dan diberikan Jamuan Minum Petang oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Puan Yang Terutama Grace Fu.

 

Seterusnya, Santap Tengah Hari telah dihoskan oleh Menteri Negara Kanan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Maliki Osman. Turut hadir adalah Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Luar) Tuan Yang Terutama Chee Wee Kiong dan Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Pendidikan dan Perdagangan dan Industri, Puan Low Yen Ling.

 

Pada sebelah petang, YTM berangkat melawat Rumah Parlimen Singapura, dialu-alukan dan diberikan Jamuan Minum Petang oleh Speaker Parlimen, Puan Halimah Yacob.

 

Sepanjang lawatan ini, YTM turut diiringi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

 

YTM telah berangkat meninggalkan Republik Singapura selepas menamatkan lawatan selama dua hari pada sebelah malam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19