FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Komited Pelaksanaan Konvensyen Kawalan Dadah Antarabangsa


TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar semasa berucap dalam Sesi Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Masalah Dadah Sedunia (UNGASS) di Ibu Pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat. | FOTO: IHSAN JPM

 


 April 23rd, 2016  |  09:56 AM  |   2481 views

NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT

 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar menegaskan, menangani ancaman dadah merupakan satu tanggungjawab yang dikongsi sama oleh semua negara kerana sifatnya yang transnasional di semua peringkat.

 

Yang Mulia Dato Paduka berkata demikian ketika berucap pada Sesi Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Masalah Dadah Sedunia (UNGASS) di Ibu Pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat pada 19 - 21 April 2016.

 

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua ahli PBB termasuk Ketua Kerajaan / Negara, Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, ketua jabatan yang bertanggungjawab mengenai isu-isu dadah dan organisasi antarabangsa yang berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil masyarakat sivil serta ahli akademik.

 

Sesi khas berkenaan diadakan selama tiga hari yang merangkumi sesi plenari, lima meja bulat interaktif untuk pelbagai pihak berkepentingan dan acara sampingan.

 

UNGASS akan menjadi satu tonggak penting dalam mencapai matlamat yang ditetapkan dalam dokumen 2009 'Deklarasi Politik dan Pelan Tindakan Kerjasama Antarabangsa ke arah Strategi Bersepadu dan Seimbang untuk Membanteras Masalah Dadah Sedunia' yang menentukan tindakan yang perlu diambil oleh negara-negara ahli sebagai matlamat perlu dicapai menjelang 2019.

 

Ini termasuk penilaian terhadap pencapaian dan cabaran dalam menangani masalah dadah di dunia, di dalam tiga rangka konvensyen kawalan dadah antarabangsa dan lain-lain instrumen PBB yang relevan.

 

220416 PR2 JPM

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar (kanan sekali) semasa menghadiri Sesi Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Masalah Dadah Sedunia (UNGASS) di Ibu Pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat.

 

Timbalan Menteri mengongsikan bahawa Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali pada ancaman narkotik yang tidak dapat dielakkan di setiap negara dan Negara Brunei Darussalam amat komited untuk menangani masalah dadah dunia juga mempunyai komitmen yang tidak berbelah bahagi pada pelaksanaan tiga konvensyen kawalan dadah antarabangsa.

 

Beliau juga menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam menggunakan pendekatan yang komprehensif dan seimbang melalui strategi pengurangan pembekalan serta permintaan yang mempunyai undang-undang, dasar juga rangka kerja pentadbiran yang komprehensif dan mantap.

 

Beliau juga menekankan pentingnya dasar reformasi dadah tidak semestinya berfungsi atau digunakan oleh semua negara kerana tidak ada satu pendekatan (one-size-fits-all) dalam menangani masalah dadah dan dengan berbuat demikian, hak kedaulatan setiap negara juga perlu diambil kira.

 

Beliau juga menekankan bahawa ASEAN merangkul pendekatan toleransi sifar terhadap dadah dan ASEAN komited untuk menyekat dan menghapuskan dadah serta mengutuk penyalahgunaannya dalam masyarakat.

 

Mesyuarat itu juga menerima pakai dokumen hasil dari sesi khas bertajuk 'Komitmen bersama kami untuk menangani dan membanteras masalah dadah di dunia dengan berkesan'.

 

Ahli rombongan Negara Brunei Darussalam terdiri daripada Dato Paduka Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail, Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke PBB dan pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri, Biro Kawalan Narkotik serta Misi Tetap Negara Brunei Darussalam di New York, Amerika Syarikat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17