Home > Bahasa Melayu
Albirex Niigata FC Bawa Pulang Mata Penuh
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik berkenan berangkat menyaksikan perlawanan di antara pasukan Brunei DPMM FC menentang pasukan Albirex Niigata FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. | FOTO: INFOFOTO (Masri Osman)
April 23rd, 2016 | 10:05 AM | 2124 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumaat, 22 April. - Harapan pasukan Brunei DPMM FC untuk menebus kembali kekalahan bertemu Albirex Niigata FC pada perlawanan sebelum ini tersasar apabila tewas pada pasukan pelawat malam tadi dengan jaringan berkesudahan 1-2 pada saingan Liga Singapura.
Berangkat menyaksikan perlawanan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.
Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah serta Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim berserta kerabat diraja yang lain.
BERANGKAT sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berserta paduka-paduka anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.
Setelah terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Brunei DPMM FC tampil mengejutkan gol pertama pada separuh masa kedua, walaupun tandukan Rafael Ramazotti tidak menjadi namun ketangkasan pemain jersi 7, Azwan Ali Rahman berjaya membolos gawang lawan pada minit ke-57.
Namun perlawanan bukan tempat sendiri tidak menghalang bagi pasukan pelawat itu mempersiakan bertandang dengan menghasilkan gol mereka menerusi jersi 13, Atsushi Kawata pada minit ke-71.
Juara musim lalu itu akhirnya terpaksa akur apabila Albirex Niigata FC terus menambah gol kedua pada minit ke-87 apabila pengadil memberikan sepakan penalti berikutan kekasaran pemain jersi 14, Helmi Zembin di kotak penalti pihak lawan.
YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim semasa beraksi bagi pasukan STARS FC menentang Projek Ikan Pusu 'B' pada persembahan perlawanan bola sepak tujuh orang sepasukan di bawah umur 12 tahun.
Perlawanan juga diserikan dengan persembahan perlawanan bola sepak tujuh orang sepasukan di bawah umur 12 tahun iaitu pertemuan di antara STARS FC menentang Projek Ikan Pusu 'B'.
STARS FC menang bergaya dengan gol hatrik oleh YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, dua gol daripada Muhd. Arif bin Haji Medun serta satu gol oleh Eddy Shahrol @ Khairul Izzat bin Haji Omar.
AZWAN Ali Rahman cuba melepaskan dua pemain Albirex Niigata FC pada perlawanan malam tadi.
Sementara pasukan Projek Ikan Pusu 'B' hanya mampu menjaringkan satu gol melalui Adam Syafi bin Abdul Mutalip. Persembahan perlawanan 14 minit itu menyaksikan STARS FC menang dengan jaringan 6-1.
Juga menyertai STARS FC ialah YAM Pengiran Anak 'Abdul Haseeb.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]