Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM Berangkat Mengalu-Alukan Ketibaan Raja Bahrain
KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarab Oleh : Khartini Hamir / Foto : Hamzah Mohidin, Azmah Haji Ahad
May 4th, 2017 | 10:11 AM | 1060 views
BERAKAS
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain, yang membuat Lawatan Negara ke negara ini selama dua hari.
Pesawat khas yang membawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa dan rombongan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) pada petang tadi.
Sebaik sahaja turun dari pesawat khas, Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa dialu-alukan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Berangkat sama di LTAB bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa dan rombongan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Kerabat Pengiring Diraja.
Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Menteri Pengiring; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Yang Mulia Dato paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.
Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa melintasi Kawalan Statik terdiri dari Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Seterusnya Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa berangkat ke Istana Nurul Iman untuk Majlis Sambutan Rasmi Ketibaan dan Barisan Kawalan Kehormatan Diraja bagi Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]