FacebookInstagramTwitterContact

 

Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>           Blood Donation Campaign           >>           David Beckham Celebrates Wife Victoria Beckham’s Birthday With Never-Before-Seen Family Footage           >>           Jessica Simpson Reveals How Becoming A Mom Gave Her Body Confidence           >>           Exotic 'Einstein Ring' Suggests That Mysterious Dark Matter Interacts With Itself           >>           Sony debuts Bravia Theater line of Dolby Atmos soundbars and speakers           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Persantapan Diraja Rai Lawatan Negara Raja Bahrain


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berbual mesra bersama Kebawah DYMM Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa semasa Majlis Persantapan Diraja. BERANGKAT sama ke Majlis Persantapan Diraja ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large d ROMBONGAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa termasuk ahli-ahli Kerabat Diraja Bahrain, menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan bertaraf Menteri sama-sama hadir di Majlis Persantapan Diraja. BACAAN doa oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Oleh : Nooratini Haji Abas, Marlinawaty Hussin / Foto : Hamzah Mohidin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Azmah Haji Ahad

 


 May 4th, 2017  |  10:13 AM  |   846 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malam ini berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja bagi meraikan Lawatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain, serta rombongan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat mengalu-alukan ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa di Istana Nurul Iman.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Kerabat Pengiring Diraja.

 

Berangkat sama ke Majlis Persantapan Diraja tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, serta ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain.

 

Sebelum Majlis Persantapan Diraja dimulakan, lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dimainkan diikuti dengan bacaan doa oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Rombongan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa termasuk ahli-ahli Kerabat Diraja Bahrain, menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan bertaraf Menteri sama-sama hadir di Majlis Persantapan Diraja.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa berada di negara ini dalam rangka Lawatan Negara selama dua hari.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12