Home > Bahasa Melayu
Kementreian Kesihatan Adakan Sambutan Israk Mikraj
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bih Haji Hanafi (tiga, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada maljis tersebut.
May 5th, 2017 | 08:56 AM | 615 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam menyemarakkan suasana Sambutan Israk dan Mikraj pada tahun ini, Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Ceramah Khas Sambutan Israk Mikraj Tahun 1438 Hijrah bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.
Pada majlis tersebut, Penceramah Undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dr. Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah telah menyampaikan ceramah bertajuk 'Hikmah dan Iktibar di sebalik Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam,' yang antara lain menceritakan mengenai peristiwa agung tersebut, di mana bermulanya perintah untuk mengerjakan sembahyang lima waktu daripada Allah Subnahu Wata'ala.
Majlis ceramah khas tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Kesihatan dan tahun ini ia dikelolakan oleh Pejabat Pentadbiran bersama Pejabat Kewangan dan Perolehan.
Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, ketua-ketua fungsi serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]