FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Bakal Menjadi Pengeluar Terbesar Udang Biru Rostris


SESI bergambar ramai.

 


 May 5th, 2017  |  08:59 AM  |   889 views

TELISAI

 

Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) terus berusaha untuk meningkatkan lagi ekonomi negara khususnya melalui bidang ternakan melalui pelbagai projek kerjasama bersama pihak yang berkenaan dari dalam dan luar negara.

 

Sehubungan itu, Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman Sewa dan Operasi di Tapak Ternakan Udang antara Jabatan Perikanan KSSUP bersama Golden Corporation Sdn. Bhd. diadakan di Sungai Penyantang Tutong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan Majlis Penandatanganan tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong .

 

Menandatangani memorandum bagi pihak Jabatan Perikanan ialah Pengarah Perikanan, Awang Haji Halidi bin bin Haji Mohd Salleh dan disaksikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Perikanan Dayang Mariani binti Haji Sabtu sementara Golden Coperation Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pengarah syarikat berkenaan, Richard Chuang His Shan dan disaksikan oleh Awang Desmond Lim.

 

Juga menandatangani perjanjian ialah UNIMA Distribution France yang diwakili oleh Pengerusi syarikat berkenaan, Tuan Amyne Hassan Ismail dan Ketua pegawai Eksekutif (CEO) India Ocean Region, Tuan Rao Manavendra manakala Aqua Star Australia di wakili oleh Pengarah Aqua Star, Tuan Allen Wu dan disaksikan oleh Tuan Zhang Ling Gan.

 

Golden Corporation akan melabur jumlah anggaran BND30 juta untuk membangunkan ladang seluas 200 hektar untuk menyokong Pelan Strategik 5 Tahun Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dalam meningkatkan pengeluaran akuakultur untuk pasaran eksport.

 

 

Projek ini akan menyaksikan pengeluaran tambahan sekurang-kurangnya 2,500 tan Udang Biru, yang akan menjadikan Negara Brunei Darussalam pengeluar terbesar Udang Biru Rostris di dunia. Ini merupakan satu lagi peristiwa penting bagi syarikat tersebut yang akan meningkatkan komitmen ke Brunei Darussalam dan menyediakan udang sebagai bahan mentah untuk loji pemprosesan yang kemudiannya akan di eksport ke luar negara.

 

Golden Corporation telah melabur lebih daripada BND40 juta ringgit di Negara Brunei Darussalam dan pelaburannya merangkumi rantaian nilai keseluruhan akuakultur yang antaranya Kapal Memancing, Feedmill, Hatchery, Grow-Out-Ponds kepada Pemprosesan dan nilai tambah Loji Memproses. Pada masa ini, Golden Corporation menyediakan lebih daripada 120 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan dijangka akan memberikan 80 pekerjaan lagi bagi rancangan pengembangan itu.

 

Syarikat itu juga akan melabur ke dalam Penyelidikan Pembangunan Rostris Broodstock yang akan membuat Brunei Darussalam Pusat Kecemerlangan bagi spesis udang. Kajian ini akan dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Teknologi Pertanian Taiwan, Universiti Nasional Laut Taiwan dan universiti tempatan.

 

Hadir  sama pada majlis penandatanganan tersebut ialah  Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Perwakilan Asing, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah di bawah KSSUP, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai Jabatan Perikanan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54