FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bergotong-royong Membersihkan Tanah Perkuburan Orang Islam Kuala Balai


GOTONG-ROYONG membersihkan tanah perkuburan bersama bekas penduduk Kampung Kuala Balai

 


 May 16th, 2017  |  09:54 AM  |   1265 views

KUALA BELAIT

 

Lebih 60 orang bekas penduduk Kampung Kuala Balai telah melaksanakan kerja bergotong-royong membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam di kampung tersebut, baru-baru ini, di sini.

 

Kempen gotong-royong tersebut merupakan aktiviti tahunan bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak, sekali gus dihasratkan dapat memupuk semangat perpaduan serta menggalakkan kerja-kerja amal di samping mengeratkan lagi silaturahim.

 

Semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei, Dayang Hajah Fatimah binti Ramlee, salah seorang anak jati Belait melahirkan rasa sangat gembira kerana berpeluang bersama-sama melakukan kerja amal tersebut dan mengharap satu hari nanti Kuala Balai atau nama sinonimnya, Long Plai dalam kalangan Etnik Belait itu akan dapat dibangun semula.

 

Andai impian itu tercapai, beliau berhasrat untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang berpotensi ke arah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara lebih lagi dari aspek pelancongan.

 

Beliau juga mengingatkan masyarakat umum agar jangan sesekali melupakan asal usul walaupun hidup dalam serba-serbi moden. Projek ini juga dihasratkan akan mendapat lebih ramai penyertaan dalam kalangan Puak Belait pada masa akan datang.

 

Turut menyertai gotong-royong tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli yang juga merupakan salah seorang anak kelahiran Kampung Kuala Balai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33